Sempena program 3K peringkat negeri Sabah - Sepakat Sabah Hebat : Sekolah Bersih Poingka! Tahun 2022, Gotong-Royong Perdana peringkat SK Karakit telah diadadakan pada 24 September 2022 iaitu hari Sabtu.
Program Gotong Royong Perdana 3K ini merupakan program yang telah dirancang oleh sektor pembangunan murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi merealisasikan kemenjadian murid dalam memupuk amalan gaya hidup sihat, menjaga kebersihan sekolah dan kawasan sekeliling. Program ini telah dijalankan secara serentak di semua sekolah seluruh sabah pada 24 September 2022.
Bagi menyahut hasrat tersebut Sk. Karakit juga telah menjalankan program Gotong royong yang melibatkan semua guru, ibu bapa dan murid-murid. Selain itu, kami juga mendapat sokongan dan penglibatan daripada Polis, Askar, RELA, JPAM dan lain-lain. Program ini telah dipengerusikan oleh Tuan Amir Hamzah Bin Bantilan (Guru Besar) dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang telah dibentuk bagi memastikan program berjalan lancar. Bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar pembahagian kumpulan telah dibuat sebelum acara gotong royong dijalankan.
Berikut merupakan tujuan pelaksanaan program gotong royong perdana:
Mendidik murid-murid untuk menjadi lebih berdisiplin dan mencintai kebersihan, keselamatan dan keindahan alam ciptaan Tuhan.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat.
Menanam amalan kebersihan dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid dan komuniti walau dimana mereka berada
Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah
Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.
AHLI JAWATANKUASA GOTONG ROYONG PERDANA 3K TAHUN 2022
SK KARAKIT BANGGI
AJK INDUK GOTONG ROYONG PERDANA
PENGERUSI
(ENCIK AMIR HAMZAH BIN BANTILAN)
GURU BESAR
NAIB PENGERUSI 1
(ENCIK SEIDI BIN JUMIN)
PEN.KANAN KURIKULUM
NAIB PENGERUSI II
PN SURIAH BINTI MAHILUDDIN
PEN.KANAN HAL EHWAL MURID
NAIB PENGERUSI III
EN HANIPAH BIN TOHA
PEN. KANAN KO KURIKULUM
SETIAUSAHA
PUAN NORAZALIZA BIN ABDULLAH
TIMB SETIAUSAHA
PN AIDAH BINTI ABDULLAH
AJK PENDAFTARAN
CIK SITI AMIZAH BINTI AMZAH
CIK NURUL SYAHFINAZ BINTI MUKARIS
CIK ALWE ALVERA KIMIS
PENYEDIAAN DUKUMENTASI DAN GAMBAR
CIK WELTIANA MOTOT
CIK HELIANTY MASIL
AJK SIJIL
CIK EFFA RIANA BINTI ADNAN
CIK HASTIA BINTI HASAAT
PUAN SAPIAH BINTI ZAINON
Tarikh : 24 September 2022
Masa : 7.00 pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Sk. Karakit Banggi Kudat
In frame : CIkgu Amizah, Cikgu Syahfinaz dan Cikgu Alvera mengendalikan pendaftaran ibu bapa
In frame : Kaunter pendaftaran dibuka seawal jam 7:00 pagi
In frame : Kaum ibu sedang mendaftarkan diri untuk program gotong-royong 3K
In frame : Agensi luar iaitu angkatan tentera mendaftarkan diri untuk program gotong-royong 3K