Pada 22 September 2022 yang lalu, Sk. Karakit Banggi telah melaksanakan satu aktiviti Plogging dan Senam Sihat sempena dengan Program 3K Peringkat Sabah. Plogging merupakan aktiviti jogging ringan atau berjalan sambil memungut sampah. Oleh itu, semasa melaksanakan aktiviti ini, murid-murid telah dibekalkan plastik sampah bagi memudahkan murid-murid membuang sampah. Aktiviti ini, dilaksanakan pada awal pagi dimana murid-murid akan mengelilingi kawasan sekolah mengikut kelas masing-masing berjalan sambil memungut sampah.
Manakala senam sihat pula merupakan aktiviti ringkas dan mudah yang memerlukan pergerakan dengan iringan muzik. Senam sihat ini dikendalikan oleh dua orang guru (Cikgu Helianty dan cikgu Weltiana) bersama-sama 15 orang murid yang diketuai oleh (Nor Shahirah) murid tahun 6. Latihan pergerakan telah dibuat sehari sebelum hari kejadian. Terdapat beberapa bahagian dalam pelaksanaan senam sihat ini iaitu pemanasan badan, pergerakan mudah (Regangan), senam sihat dan cooling down. Empat lagu telah dipilih iaitu, Better when I’m Dancing, Chi Ki Cha, Goyang Dumang, dan Fun Dance.
Antara tujuan pelaksanaan aktiviti Plogging dan senam sihat ini ialah;
Mewujudkan persekitaran (sekolah) yang indah dan tenang.
Menghindari penyakit dan masalah kesihatan.
Mencergaskan minda agar kekuatan fungsi otak dapat ditingkatkan serta menenangkan fikiran.
Meningkatkan koordinasi tubuh badan murid-murid.
Meningkatkan semangat kesukanan dan kekitaan.
In Frame :
Murid-murid berjalan mengelilingi kawasan sekolah sambil memungut sampah.
Program Plogging dan Senam Sihat ini telah dilaksanakan pada hari yang sama namun masa yang berbeza. Plogging dijalankan pada waktu pagi sebelum loceng pertama (loceng masuk) dibunyikan. Berikut merupakan aktiviti yang dibuat semasa aktiviti plogging iaitu,
Murid berjalan mengelilingi kelas sambil membawa plastik sampah.
Murid akan memungut sampah-sampah yang mereka jumpa semasa berjalan mengelilingi kelas dan kawasan sekolah.
Guru memantau murid semasa aktiviti dilaksanakan
In Frame :
Sebelum senam sihat dimulakan, semua murid berbaris mengikut kelas masing-masing
Selepas aktiviti Plogging dilaksanakan, murid akan berbaris di dewan terbuka sekolah mengikut kelas masing-masing.
Guru bertugas memanggil ketua Senam Sihat yang telah dilatih ke hadapan bersama-sama dengan rakan-rakan lain untuk bersedia memulakan senam sihat.
Aktiviti 1 ( Pemanasan Badan)
Senam sihat dimulakan dengan regangan (Pemanasan badan) sambill diiringi lagu Better When I’m Dancing
Semua guru dan murid bersama-sama mengikuti senam sihat.
Aktiviti 2 : Senam Sihat
Senam sihat dimulakan dengan pergerakan mudah. Senaman diiringi lagu Chi khi Cha
Senam sihat diteruskan lagi dengan diiringi lagu ‘Guyang Dumang’
Aktiviti 3 : Penyejukkan Badan
Senam sihat ditutup dengan melakukan penyejukkan badan sambal diiringi lagu ‘Fun Dance’
In Frame :
Senam Sihat dimulakan dengan Regangan / pemanasan badan diiringi lagu
In Frame :
Murid-murid mengikuti pergerakan yang dibuat oleh penunjuk cara di hadapan.
In Frame :
Barisan guru-guru sedang mengikuti pergerakan yang ditunjukkan oleh instruktor dihadapan.
In Frame :
Guru dan murid bersama-sama melakukan gerakan senam sihat diiringi lagu ‘Guyang Dumang’
Senam Sihat merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menaikkan semangat kesukanan dalam kalangan murid dan guru-guru. Antara kekuatan dalam pelaksanaan aktiviti senam sihat ialah ;
Senam sihat dapat menyemai nilai kepimpinan dalam diri murid-murid dala mengendalikan program.
Memberikan peluang kepada murid untuk mempraktikkan gaya hidup sihat. Murid kelihatan lebih cergas dan berpeluh setelah aktiviti ini dilaksanakan.
Melalui pemerhatian, didapati terdapat kelemahan pada aktiviti yang dirancang iaitu:
Pergerakan yang dibuat sukar diikuti oleh murid-murid tahun 1. Pergerakan boleh dipermudah lagi pada masa akan datang
Pemilihan lagu yang kurang tepat. Lagu yang sesuai dan disukai oleh murid boleh dipilih agar murid-murid lebih bersemangat melakukan senam sihat.
Masa yang digunakan agak singkat.
Antara penambahbaikan yang boleh dibuat ialah;
Pergerakan yang dipilih dan dibuat hendaklah mudah, supaya murid-murid dapat mengikuti dengan baik.
Pemilihan lagu hendaklah sesuai dengan murid-murid.
Masa yang diambil boleh dipanjangkan sedikit supaya murid-murid menikmati senam sihat dengan lebih lagi sesuai masa yang diperuntukkan.
Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Murid-murid seronok dengan gerakan dan senaman yang dilakukan. Semua guru juga merasa lebih bersemangat dan terhibur setelah melakukan senam sihat. Semoga dengan pelaksanaan aktiviti ini, murid-murid dan guru dapat mengamalkan senam sihat dan melakukan sendiri di rumah atau di mana sahaja. Senam sihat merupakan satu cara yang boleh dipraktikkan dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan.