SEKOLAHKU SEJAHTERA
PERINGKAT SEKOLAH
SK.KARAKIT BANGGI KUDAT
PERINGKAT SEKOLAH
SK.KARAKIT BANGGI KUDAT
Konsep sekolahku sejahtera merupakan konsep yang telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya. Pelaksanaan konsep ini adalah bagi memberikan penekanan 14 elemen nilai murni menerusi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah.
Pada 18 / 08 / 2022 (Khamis) konsep ini telah dilancarkan di semua sekolah seluruh negara. Tujuan konsep ini adalah kearah pembentukan budaya amalan baik di sekolah dan murid. Empat belas nilai yang terkandung dalam konsep ini ialah selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, ekspolarasi, rasional dan Artikulasi. Pelancaran Sekolah ku sejahtera di Sk. Karakit telah dirasmikan oleh Tuan Hashim bin Raja Laut selaku Pegawai Polis Sekolah.
Berikut merupakan objektif pelancaran Program Sekolahku Sejahtera iaitu;
Membentuk budaya amalan baik di sekolah oleh guru dan murid.
Mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif kea rah mencapai kesejahteraan masyarakat.
Membolehkan para murid meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif.
Memantapkan kolaboratif antara KPM dan Kementerian dalam negeri (KDN) khususnya penglibatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
TARIKH : 18 Ogos 2022 (Khamis)
MASA : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi
TEMPAT : SK. Karakit Banggi Kudat
KOD PAKAIAN : Baju Korporat KPM
PAUTAN FACEBOOK KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia
Semua guru, murid dan jemputan akan bersama-sama menonton pelancaran program Sekolahku Sejahtera melalui siaran Langsung yang diadakan di SMK Putrajaya Persint 14 (1).
Kumpulan sasaran : Semua Warga / Komuniti Sk. Karakit
Sebelum pelancaran dijalankan, satu perbincangan telah dilaksanakan di kalangan guru-guru Sk. Karakit bagi membincangkan pelaksanaan pelancaran Program Sekolahku Sejahtera. Ahli jawatan kuasa telah dibentuk bagi memudahkan pembahagian tugasan.
(Gambar 1 : Guru-guru berbincang tentang pelaksanaan program)
Semua murid dan staf SK. Karakit Banggi berkumpul di tapak berbumbung sekolah.
Ketibaan YDP PIBG SK. Karakit dan Tuan Mohd Hashim Bin Rajalaut (PPS SK Karakit Banggi) disambut oleh pentadbir sekolah dan staf guru.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku diikuti oleh lagu Sekolahku SEJAHTERA. Murid-murid diberikan lirik lagu.
Semua murid, jemputan dan staf guru mengikuti siaran langsung Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat.
Tuan Hassim Bin Rajalaut selaku PPS SK.Karakit Banggi menyampaikan Ucapan Perasmian Program Sekolahku SEJAHTERA.
Ajk Gimik Pelancaran melancarkan gimik pelancaran dengan kerjasama PPS SK. Karakit.
Guru Besar menyampaikan Cenderahati kepada perasmi program.
Selepas sesi bergambar, sekitar jam 12.00 tenga hari, majlis selesai dan semua bersurai.
Selesai Program, semua guru mengemas semula tempat program dan masing-masing memberikan cadangan penambahbaikan untuk majlis akan datang.
Program ini mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak (murid, pentadbir, dan jemputan : PIBG dan PPS sekolah).
Semua berkerjasama untuk menjayakan program ini sama ada dari aspek persediaan tempat, teknikal, hadiah dan sebagainya masing-masing memainkan peranan yang penting.
Murid-murid memberikan kerjasama dengan mematuhi semua arahan guru dan mengikuti dengan penuh semangat.
Antara kelemahan yang boleh dilihat adalah dari segi ketepatan waktu, semua warga sekolah SK.Karakit sudah bersedia tetapi bagi mengikuti siaran langsung bermula, masa terpaksa dianjak kebelakang. Hal ini menyebabkan murid-murid bosan menunggu dan mula bertingkah laku kurang baik.
Selain itu, masalah rangkaian internet yang kurang baik juga mengganggu pelaksanaan program. Siaran langsung yang diikuti kurang jelas (suara ucapan tidak jelas dan terputus).
Pihak KPM yang menganjurkan siaran langsung hendaklah menepati waktu yang diberikan jika Siaran langsung diadakan. Hal ini supaya, semua pihak boleh dapat menggunakan waktu dengan sebaik mungkin.
Selain itu, guru-guru hendaklah, sentiasa bersedia kepada sebarang perubahan masa atau aturan tentatif agar majlis berjalan lancar.
Gambar 1 :
Pihak Pentadbir menyambut ketibaan perasmi (Tuan Hassim Bin Rajalaut) dan undangan Pasukan Askar.
Gambar 2 :
Tuan Hassim Bin Rajalaut (PPS SK.Karakit) sedang memberikan ucapan persamian pelancaran Sekolahku SEJAHTERA
Gambar 3 :
Pihak pentadbir, perasmi, PIBG dan murid-murid sedang menunggu siaran langsung pelancaran bermula yang ditayangkan menggunakan layar LCD.
Gambar 4 :
Semua warga Sk. Karakit yang hadir mendengar ucapan pelancaran melalui siaran langsung yang ditayangkan di dewan terbuka.
Gambar 5 :
Guru-guru dan murid yang sedang mengikuti siaran langsung.
Gambar 6 :
Pihak pentadbir, PIBG dan perasmi menekan suis gimik pelancaran Program Sekolahku SEJAHTERA.
Gambar 7 :
Guru Besar dengan iringan PKKOKUK, PKHEM, YDP PIBG menyampaikan cenderahati kepada pihak askar jemputan.
Gambar 8 :
Guru Besar dengan iringan PKKOKUK, PKHEM, YDP PIBG menyampaikan cenderahati kepada perasmi (Tuan Hassim Bin Rajalaut) PPS SK.Karakit Banggi
Gambar 9 :
Dari kiri PKHEM, YDP PIBG, Wakil Tentera, PPS SK.KARAKIT(Tuan Hashim), Guru Besar dan PKKOKUM
Gambar 10:
Guru Besar (Tuan Amir Hamzah Bin Bantilan) sedang mengiringi (Tuan Hassim Bin Rajalaut) untuk keberangkatan pulang setelah selesai program.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan jayanya kerana adanya kerjasama dan komitmen yang kuat diantara semua guru-guru dan staf. Pelaksanaan program ini dapat membantu mendedahkan murid-murid tentang nilai-nilai yang perlu ada dalam diri dan mengingatkan mereka bahawa sebuah sekolah yang sejahtera akan mampu mewujudkan suasana pembelajaran dan pemudahcaraan yang kondusif bagi semua.