Klik untuk mainkan muzik ☝️
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Komponen kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah.
Murid sentiasa peka, berpengetahuan, dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.
Murid dapat:
Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri;
Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;
Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri;
Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal; dan
Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan.
3.5 Mengukur tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan.
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
3.5.2 Merekodkan keputusan ujian SEGAK.
3.5.3 Melakukan aktiviti kecergasan sebagai tindakan susulan berdasarkan keputusan ujian
SEGAK.
4.5.1 Mengenal pasti tahap kecergasan berdasarkan keputusan ujian SEGAK.
5.1.2 Mengenal pasti peralatan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko kecederaan
berdasarkan aktiviti fizikal tertentu.