Media : Google Drive
Untuk mengukur daya tahan kardiovaskular.
Bangku dengan ketinggian 30.5 cm atau 1 kaki
Jam randik
Metronom
Komputer riba
Borang SEGAK
Media : Student Portal Ujian SEGAK KPM
Pelaksanaan keseluruhan bateri ujian kecergasan ini adalah seperti gambar di atas.
Murid berdiri tegak dengan sebelah kaki di atas bangku dan sebelah kaki di atas lantai seperti Gambar A.
Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
Murid melakukan pergerakan naik turun bangku seperti turutan lakuan dalam gambar di atas. Kaki pertama naik (Gambar A), diikuti kaki kedua (Gambar B). Kaki yang pertama naik akan turun dahulu (Gambar C) dan diikuti kaki kedua (Gambar D). Turutan naik turun bangku adalah “naik, naik, turun, turun”. Lutut mesti lurus semasa kedua-dua belah kaki berada di atas bangku dan di atas lantai.
Keseluruhan telapak kaki mesti memijak permukaan bangku dan permukaan lantai.
Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronom dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit tanpa berhenti.
Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
Selepas 5 saat, guru atau murid hendaklah mengira kadar denyutan nadi.
Kadar denyutan nadi diambil dalam jangka masa 1 minit.
Jika murid tidak menamatkan ujian selama 3 minit tanpa henti, tiada skor untuk murid berkenaan.