Media : Google Drive
Untuk mengukur daya tahan otot tangan dan bahu.
Kawasan lapang dan rata
Jam randik
Span berukuran 5 cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi
Tilam senaman (yoga mat)
Borang SEGAK
Media : Student Portal Ujian SEGAK KPM
Pelaksanaan keseluruhan bateri ujian kecergasan ini adalah seperti gambar di atas.
Murid hendaklah bermula dalam keadaan bersedia dengan sokong hadapan dan tangan dibuka seluas bahu. Berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan hujung kaki. Kedudukan badan dan kaki sentiasa diluruskan dengan muka memandang ke lantai – rujuk Gambar A.
Turunkan badan dengan fleksi siku sehingga dada menyentuh span yang tingginya 10 cm – rujuk Gambar B.
Luruskan tangan ke kedudukan asal – rujuk Gambar C.
Turutan lakuan seperti Gambar A, B, dan C melengkapkan kiraan satu ulangan.
Tekan tubi diteruskan sehingga 1 minit tanpa henti. Skor dikira jika murid melengkapkan lakuan yang betul seperti Gambar A, B, dan C.
Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi secara berterusan selama 1 minit, skor diambil kira berdasarkan bilangan ulangan yang dilakukan sehingga murid berhenti.
Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut prosedur 2 hingga 4.