Media : Google Drive
Untuk mengukur fleksibiliti bahagian bawah belakang badan dan otot hamstring.
Alat pengukur jangkauan dengan ketinggian 30.5 cm dan jarak meletakkan telapak kaki adalah pada 23 cm
Borang SEGAK
Media : Student Portal Ujian SEGAK KPM
Pelaksanaan keseluruhan bateri ujian kecergasan ini adalah seperti gambar di atas.
Murid hendaklah bermula dalam keadaan bersedia dengan kedua-dua belah kaki lurus dan telapak kaki menyentuh papan sepanjang masa ujian. Pembantu meletakkan tangan di atas lutut pelaku bagi memastikan lutut tidak difleksi.
Telapak tangan dominan ditindih di atas belakang telapak tangan bukan dominan dalam keadaan kedua-dua hujung jari tengah hendaklah bertindih.
Jangkau tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas skala pengukur.
Kekalkan jangkauan maksimum selama 3 saat.
Murid diberi tiga kali percubaan berturut-turut. Jangkauan terbaik diambil kira sebagai skor. Skor tidak akan dikira jika lutut difleksi semasa melakukan jangkauan. Bacaan dikira pada sentimeter terhampir (tidak perlu merekodkan dalam titik perpuluhan).