Media : Google Drive
Untuk mengukur daya tahan otot tangan dan bahu.
Kawasan lapang dan rata
Jam randik
Span berukuran 5 cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi
Tilam senaman (yoga mat)
Borang SEGAK
Media : Student Portal Ujian SEGAK KPM
Pelaksanaan keseluruhan bateri ujian kecergasan ini adalah seperti gambar di atas.
Murid hendaklah bermula dalam keadaan bersedia iaitu tangan dibuka seluas bahu dan lutut fleksi. Berat badan disokong oleh tangan lurus dan lutut. Lutut difleksi dan kedua-dua belah kaki tidak bersilang. Kedudukan badan dan paha sentiasa diluruskan dan muka pandang ke lantai – rujuk Gambar A.
Turunkan badan dengan siku difleksi sehingga dada menyentuh span yang tingginya 10 cm – rujuk Gambar B.
Luruskan tangan dalam kedudukan asal – rujuk Gambar C.
Turutan lakuan A, B, dan C melengkapkan kiraan satu ulangan.
Tekan tubi ubah suai diteruskan sehingga 1 minit tanpa henti. Skor dikira jika murid melengkapkan lakuan yang betul seperti Gambar A, B, dan C.
Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi ubah suai secara berterusan selama 1 minit, skor diambil kira berdasarkan bilangan ulangan yang dilakukan sehingga murid berhenti.
Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut prosedur 2 hingga 4.