Pengajaran 1.3
Permainan Pilihan
Kenali 4 Sekolah Terbaik VIA 2025!
Permainan Pilihan
Pada akhir pengajaran ini anda akan dapat:
🚦 Terokai kesan daripada pilihan yang anda buat semasa berada di jalan raya
🚦 Membuat pilihan yang bijak apabila anda berada di jalan raya
Di bandar Kota Kinabalu yang sibuk, ada seorang budak perempuan yang bernama Dahlia. Setiap hari, dia akan berjalan ke taman rekreasi. Suatu hari, dia tiba di jalan yang sibuk. Dahlia nampak isyarat lampu merah dan tahu yang dia perlu tunggu. Dia lihat kanak-kanak lain berlari melintas jalan tetapi dia tetap bersabar.
Apabila lampu isyarat bertukar hijau, Dahlia melintas dengan selamat. Dia berasa bangga kerana menunggu dan mamatuhi peraturan jalan raya. Dia tahu itu yang membuatkan dia selamat. Sejak itu, Dahlia sentiasa menunggu isyarat lampu hijau dan menjadi teladan yang baik kepada rakan-rakannya.
Dalam pengajaran ini, kita akan mempelajari tentang kepentingan membuat keputusan yang bijak semasa menggunakan jalan raya dengan lebih lanjut.Â
Anda bersedia untuk cuba?
Bagus! Sekarang, mari kita beralih ke Kuiz 1 untuk menguji pemahaman anda tentang keselamatan jalan raya dan keselamatan mobiliti.
Perkara yang paling penting ialah mengenalpasti cara untuk kekal selamat dan berseronok pada masa yang sama.