Kenali 4 Sekolah Terbaik VIA 2025!
Edisi VIA Malaysia dibawakan khas oleh
Pengenalan VIA
Program VIA Safe Mobility 2024 ialah inisiatif global TotalEnergies yang dilancarkan pada 2020 dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan mendidik tentang penggunaan jalan raya yang selamat melalui kaedah pembelajaran interaktif dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Program VIA Safe Mobility pertama kali dianjurkan di Malaysia pada 2022 dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM). Pada tahun 2024, lebih 2800 pelajar telah menamatkan kursus dalam talian VIA keselamatan jalan raya melalui platform pembelajaran digital DELiMA Kementerian Pendidikan.
Matlamat Program VIA Safe Mobility adalah untuk memperkasakan suara pelajar untuk menjadi duta keselamatan mobiliti di kawasan sekolah dan masyarakat sekitar sekolah melalui aktiviti kesedaran, mencipta poster dan video. Juara kebangsaan program VIA Safe Mobility akan mewakili Malaysia bersaing di platform global dan pemenang antarabangsa akan dijemput melawat bandar Paris di Perancis.
Video pengenalan mengenai VIA dalam Bahasa Inggeris
Misi VIA adalah untuk menggalakkan dan melatih golongan muda untuk menjadi duta mobiliti selamat untuk meningkatkan keselamatan perjalanan mereka ke sekolah... dan seterusnya
VIA menjemput golongan muda untuk merenung perjalanan harian mereka ke sekolah supaya mereka boleh mencadangkan cara konkrit untuk sampai ke sana dengan selamat.
VIA memberi suara kepada golongan muda untuk meningkatkan keselamatan mereka dalam perjalanan ke sekolah dan dengan itu menjadi duta untuk mobiliti selamat.
VIA menawarkan golongan muda di seluruh dunia peluang untuk mencipta poster keselamatan pejalan kaki, menyampaikan mesej golongan muda di negara mereka kepada khalayak antarabangsa, dan mewujudkan rangkaian duta yang luas untuk mobiliti selamat.
Juara Kebangsaan 2023, Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Pandan
Juara Kebangsaan 2024, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa Sg Nibong
Kita semua adalah pejalan kaki, tetapi keselamatan kita bukan keutamaan untuk semua pengguna jalan raya. Setiap tahun, lebih daripada 270,000 pejalan kaki mati di jalan raya di seluruh dunia. Berjuta-juta lagi cedera dalam kemalangan berkaitan lalu lintas semasa berjalan. Kebanyakan perlanggaran pejalan kaki berlaku apabila pejalan kaki melintas jalan. Banyak daripada kemalangan ini berlaku dalam perjalanan ke sekolah dan boleh dielakkan.
Poster Juara Kebangsaan 2023, Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Pandan
Poster Juara Kebangsaan 2024, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa Sg Nibong
Pihak penganjur, tenaga pengajar dan sumber latihan
Arus Academy (Arus) adalah sebuah organisasi sosial pendidikan yang ditubuhkan pada tahun 2015 dengan tujuan untuk memperkasakan guru dan murid melalui pendekatan pendidikan yang interaktif, bermakna dan relevan.
Tenaga pengajar daripada Arus datang dari pelbagai latar belakang profesional yang berbeza tetapi dengan minat dan kemahiran dalam bidang pendidikan. Tenaga pengajar Arus juga telah mendapat latihan dan bimbingan dalam mobiliti sosial daripada TotalEnergies Foundation dari Perancis. Sehingga hari ini, Arus telah membimbing lebih 10,000 orang guru dari seluruh Malaysia dalam pelbagai pendekatan pedagogi interaktif. Pada masa yang sama, Arus juga menguruskan sebuah sekolah komuniti untuk 90 orang kanak-kanak terpinggir di Kuala Lumpur sejak tahun 2022.
Pasukan VIA
David Chak
Project Director
Coach & Trainer
Arus Academy
Hazwany Jamaluddin
Project Manager
Coach & Trainer
Arus Academy
Nirmaladevi Aravinthan
Project Associate
Coach & Trainer
Arus Academy
Paveethralosani Gurusamy
Project Associate
Coach & Trainer
Arus Academy