Kenali 4 Sekolah Terbaik VIA 2025!
Tarikh kempen: 10 Ogos - 29 September 2024
Apa itu Pertandingan Bulan Kemerdekaan Keselamatan Mobiliti VIA 2024?
Pertandingan Bulan Kemerdekaan Keselamatan Mobiliti VIA 2024 ini bermatlamat untuk memupuk kesedaran dan mendidik penggunaan jalan raya yang selamat melalui kaedah pembelajaran interaktif dalam kalangan murid sekolah sempena menyambut bulan kemerdekaan.
Sasaran: Terbuka kepada ke semua sekolah di Malaysia yang mempunyai akses ke laman DELIMa
Tarikh kempen: 10 Ogos - 29 September 2024
Manfaat Penyertaan Pertandingan Bulan Kemerdekaan VIA
Lencana Logam VIA Edisi Merdeka
Semua peserta yang menang dalam cabutan bertuah semasa kempen ini dijalankan akan mendapat Lencana Pin Logam VIA Edisi Merdeka secara fizikal.
E-Sijil Penyertaan VIA Safe Mobiliti
Semua peserta akan menerima sijil penyertaan secara automatik dari pihak penganjur selepas melengkapkan pengajaran 1 dan 2 di dalam pelantar DELIMa.
Semua murid yang melengkapkan Pengajaran VIA dalam tempoh kempen ini dijalankan akan mendapat lencana DELIMA digital khas edisi Bulan Kemerdekaan secara automatik.
Cabutan bertuah akan dijalankan mengikut zon di Malaysia. Setiap minggu kami akan memilih tiga pemenang dari setiap zon.
Setiap guru sekolah yang berjaya mendaftar 10 murid atau lebih akan mendapat 1 penyertaan untuk cabutan bertuah kategori sekolah.
Semakin banyak murid dari sekolah menyertai kursus, semakin tinggi peluang untuk menangi hadiah Lencana Pin Logam VIA Edisi Merdeka secara fizikal.
Setiap duta murid VIA yang mengikuti Pertandingan Peringkat Kebangsaan Suku Akhir 2024 dan telah lengkap pembelajaran mereka sehingga Pengajaran 3 menjelang pertengahan bulan Ogos akan mendapat satu Lencana Pin Logam VIA Edisi Merdeka secara fizikal.
Pilihan 1: Langkah-langkah penyertaan sekolah
Guru isikan borang untuk daftar sekolah dalam Pertandingan Bulan Kemerdekaan Keselamatan Mobiliti VIA 2024.
Cabutan bertuah akan dilakukan setiap minggu. Penyertaan sekolah adalah berdasarkan bilangan murid yang sertai dan lengkapi kursus. Hadiah (pin logam) akan dikirimkan ke sekolah.
Pilihan 2: Langkah-langkah penyertaan individu
Murid mulakan pembelajaran VIA dan lengkap semua kuiz dalam tempoh kempen (12/8/2024 - 29/9/2024).
Murid yang lulus kuiz dalam tempoh kempen akan menerima lencana DELIMa bertemakan kemerdekaan.
3 cabutan bertuah akan dilakukan setiap minggu mengikut zon negeri (rujuk di Soalan Lazim yang disenaraikan di bawah) daripada kalangan murid yang mulakan kursus.
Entri tambahan diberikan kepada murid yang lengkapkan kursus.
Hadiah cabutan bertuah berbentuk pin logam lencana DELIMa akan dihantar ke pemenang.
Kempen ini dijalankan untuk mempromosikan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid melalui platform pembelajaran dalam talian DELIMa.
Bagi kategori individu: semua murid yang mulakan kursus keselamatan jalan raya di antara 12hb Ogos 2024 ke 29hb September 2024 melalui platform DELIMa boleh menyertai aktiviti kempen dan layak untuk menerima hadiah.
Bagi kategori sekolah: semua sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 murid yang layak kategori individu serta guru mengisikan borang pendaftaran sekolah menggunakan pautan diberikan di bawah.
Setiap murid yang menyelesaikan kursus dalam tempoh sebulan akan menerima lencana digital DELIMa khas sebagai tanda penghargaan.
Murid mesti mulakan (jawab kuiz 1) dan tamatkan kursus (dapat sijil) di antara 12hb Ogos 2024 ke 29hb September 2024.
Setiap minggu, kami akan mengadakan cabutan bertuah untuk memilih 3 pemenang. 2 pemenang akan dipilih secara rawak setiap minggu di kalangan murid yang mulakan kursus dari zon-zon Malaysia tertentu seperti jadual di bawah.
1 lagi pemenang akan dipilih secara rawak dari semua murid yang telah mulakan kursus tanpa mengira zon.
Sekiranya murid juga lengkapkan kursus, mereka akan entri 1 lagi cabutan bertuah. Semua pemenang akan menerima hadiah misteri yang akan diposkan kepada mereka.
Senarai zon adalah seperti berikut:
Minggu 1 (19 - 25 Ogos): Zon Utara (Penang, Kedah, Perlis)
Minggu 2 (26 Ogos - 1 Sept): Zon Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)
Minggu 3 (2 - 8 Sept): Zon Tengah (Perak, KL, Putrajaya, Selangor)
Minggu 4 (9 - 15 Sept): Zon Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan)
Minggu 5 (16 - 22 Sept): Zon Borneo (Sarawak, Sabah, Labuan)
Minggu 6 dan 7 (23 - 29 Sept): Seluruh Malaysia
Anda akan secara automatik dimasukkan ke dalam cabutan bertuah mingguan dengan mendaftar (jawab kuiz 1) dan menyelesaikan kursus (dapat sijil).
Tiada langkah tambahan diperlukan.
Bagi murid yang mulakan kursus (jawab kuiz 1) , mereka akan diberikan 1 peluang cabutan bertuah dan bagi murid yang telah habiskan kursus (dapat sijil), mereka akan dapat 1 lagi peluang cabutan bertuah.
Cabutan bertuah akan dijalankan pada 12pm setiap Isnin bermula 19hb Ogos.
Anda (guru) perlu mendaftarkan diri dengan menggunakan pautan diberikan di bawah untuk layakkan sekolah untuk cabutan bertuah mingguan sekolah.
Bagi setiap 10 murid yang mulakan kursus (jawab kuiz 1), satu penyertaan akan ditambahkan ke cabutan bertuah.
Cabutan bertuah akan dijalankan pada 12pm setiap Isnin bermula 19hb Ogos. Sekolah yang menang akan menerima 10 pin logam yang akan diposkan.
Semakin banyak murid dari sekolah menyertai kursus, semakin tinggi peluang untuk menang hadiah.
Pemenang cabutan bertuah mingguan akan diumumkan setiap minggu di laman web VIA DELIMa dengan menggunakan pautan diberikan di bawah.
Pin logam akan dihantar melalui pos.
Pemenang cabutan bertuah mingguan akan diumumkan setiap minggu di laman web rasmi VIA dan halaman media sosial kami.
Pemenang akan diberitahu melalui e-mel dengan butiran tentang cara untuk menuntut hadiah mereka.
Sila pastikan alamat e-mel anda diberikan dengan betul semasa pendaftaran kursus.
Sijil digital akan dikeluarkan satu jam selepas pembelajaran dalam talian selesai untuk Pengajaran 1 dan Pengajaran 2. Pihak kami akan beri e-sijil melalui email via@arusacademy.org.my. Guru/murid/ibu bapa juga boleh rujuk di papan pemuka semakan guru (laporan 4) https://arus.cc/via-semakan-guru untuk muat turun sijil digital.
Sijil kami adalah sijil standard pembelajaran dalam talian melalui pelantar DELIMa.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, sila kemukakan pertanyaan anda melalui email di via@arusacademy.org.my atau melalui Telegram group VIA dengan menggunakan pautan diberikan di bawah.