Kenali 4 Sekolah Terbaik VIA 2025!
Program VIA Safe Mobility 2025 adalah satu usaha inisiatif global Total Energies yang dilancarkan sejak tahun 2020 dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik penggunaan jalan raya yang selamat melalui kaedah pembelajaran interaktif dalam kalangan murid sekolah rendah. Program VIA Safe Mobility pertama kali dianjurkan di Malaysia pada tahun 2022 dengan kerjasama UPM. Sehingga tahun ini, lebih 10,000 murid telah menjalani kursus dalam talian keselamatan jalan raya VIA melalui pelantar pembelajaran digital KPM DELIMa.
🎤 Memperkasakan murid sebagai Duta Keselamatan Mobiliti
🖥️ Meningkatkan pembelajaran keselamatan jalan raya di DELIMa
🎁 Menyediakan peluang untuk memenangi hadiah eksklusif sempena bulan kemerdekaan
Kempen ini dianjurkan oleh TotalEnergies Malaysia dan Arus Academy, dijalankan atas pelantar digital Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu DELIMa.
Anda perlu mengakses pengajaran "VIA Safe Mobility" pada pelantar DELIMa (delima.edu.my). Guru dan murid perlu log masuk dengan akaun Google EDU masing-masing yang diberikan oleh sekolah.
Ya, sijil digital akan dikeluarkan secara automatik satu jam selepas anda lulus kuiz Pengajaran 1 dan Pengajaran 2. Sijil ini akan dihantar ke e-mel anda melalui via@arusacademy.org.my. Sijil ini adalah sijil standard pembelajaran dalam talian yang diiktiraf melalui platform DELIMa.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, sila kemukakan pertanyaan anda melalui email di via@arusacademy.org.my atau melalui kumpulan Telegram VIA.
Penyertaan dibuka kepada semua murid dan guru sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.
Tidak perlu. Penyertaan anda secara automatik disertakan dalam kempen sebaik sahaja anda melengkapkan kuiz dalam tempoh kempen.
Nama anda akan direkodkan sebagai guru pembimbing apabila murid-murid anda menjawab kuiz dan memasukkan nama anda di Seksyen 2 Kuiz 1. Dengan cara ini, nama anda akan secara automatik dimasukkan ke dalam cabutan bertuah untuk kategori guru.
Sekiranya anda sudahpun daftar dan lengkap pengajaran VIA sebelum bulan Ogos, anda tidak dapat sertai pertandingan ini.
Botol Termos Eksklusif TotalEnergies: Untuk guru dan murid yang terpilih dalam cabutan bertuah mengikut zon.
Lencana Pin Logam VIA Edisi Merdeka (Fizikal): Untuk Duta Murid VIA yang lengkap sebelum 15 Ogos, dan untuk murid yang didaftarkan oleh guru (sehingga 50 murid terawal setiap sekolah).
Cabutan bertuah akan dijalankan mengikut zon di Malaysia (contoh: Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah, Sarawak). Tiga pemenang (guru atau murid) akan dipilih secara rawak dari setiap zon.
Tarikh pengumuman pemenang akan dimaklumkan kelak. Sila ikuti laman media sosial VIA Safe Mobility untuk maklumat terkini. Pemenang juga akan dihubungi secara terus melalui emel. Pemenang akan diberitahu melalui e-mel dengan butiran tentang cara untuk menuntut hadiah mereka. Sila pastikan alamat e-mel anda diberikan dengan betul semasa pendaftaran kursus.
Kami akan menghantar hadiah melalui kurier ke alamat yang telah anda berikan. Pastikan alamat anda tepat untuk memastikan proses penghantaran berjalan lancar.
Tidak. Untuk menyertai cabutan bertuah kategori guru, anda perlu berjaya membimbing dan mendaftarkan sekurang-kurangnya 10 murid untuk menjawab kuiz VIA.
Maksimum 50 murid terawal dari sekolah anda yang melengkapkan kursus akan layak menerima Lencana Pin Logam VIA Edisi Merdeka secara fizikal.
Mereka adalah murid yang terpilih untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Peringkat Kebangsaan VIA 2025.
Untuk makluman, duta murid VIA telah pun diberikan botol termos sebagai sebahagian daripada kit duta mereka. Atas sebab ini, mereka tidak layak untuk memasuki cabutan hadiah termos edisi terhad yang terbuka untuk kategori murid.