Kenali 4 Sekolah Terbaik VIA 2025!
Edisi VIA Malaysia dibawakan khas oleh
Apa itu Pertandingan Keselamatan Mobiliti VIA?
Kemalangan jalan raya adalah antara punca utama kematian dalam kalangan golongan muda berusia 5-29 tahun di seluruh dunia. Setiap tahun, lebih daripada 270,000 orang pejalan kaki kehilangan nyawa di jalan raya. Kebanyakkan daripada kemalangan ini berlaku semasa perjalanan ke sekolah dan boleh dielakkan jika kesedaran keselamatan mobiliti dipertingkatkan.
Apa itu Program VIA?
Program VIA dijalankan sejak tahun 2019 dengan penglibatan 32 buah negara dari seluruh dunia. Program ini menyediakan kurikulum bersemuka dan dalam talian untuk meningkatkan kesedaran keselamatan mobiliti di kalangan warga sekolah dan menjadikan murid duta kepada kempen kesedaran ini.
Manfaat utama menyertai Pertandingan VIA
Sijil Penyertaan dan Pencapaian disediakan oleh penganjur
Semua peserta dan guru dari 10 sekolah terbaik akan menerima sijil penyertaan dan pemenang akan menerima sijil pencapaian dari pihak penganjur.
Pihak penganjur akan menyediakan laporan kepada KPM di akhir pertandingan untuk permohonan mata PAJSK bagi semua peserta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Bahan bimbingan, geran sehingga RM500 (peringkat akhir) dan geran sehingga €5,000 (~RM25,000 di peringkat antarabangsa)
Semua peserta dari 10 sekolah terbaik di Pertandingan Peringkat Kebangsaan Suku Akhir akan menerima cenderahati dan bahan bimbingan dari penganjur (t-shirt, bahan-bahan kem) dan berpeluang untuk memenangi geran RM500 untuk membuat perubahan dalam komuniti bagi membaikpulih keselamatan jalan raya dan mobiliti selamat.
Peluang untuk kepimpinan
Menjadi Duta Murid Keselamatan Mobiliti membolehkan pelajar membangunkan kualiti kepimpinan dalam diri dengan menerajui inisiatif dan mempromosikan amalan mobiliti selamat dalam sekolah dan masyarakat.
Dilulus oleh Kementerian Pendidikan Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri
Program VIA 2024 serta pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah menerima kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri. Laporan akan diberikan kepada KPM & JPN setelah program tamat untuk tujuan pengiktirafan.
Perjalanan Sekolah yang Terlibat
Semua SK & SJK seluruh Malaysia (murid Tahun 5 & 6)
10 sekolah terbaik dari permohonan
3 sekolah terbaik dari laporan yang diterima
1 sekolah terbaik dari pembentangan maya
[5 JUN - 5 JULAI 2024] Permohonan di buka!
Permohonan dibuka kepada semua sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan untuk memohon.
Jawab semua soalan dalam borang permohonan
Sertakan senarai 20 orang murid yang akan menjadi duta sekolah
Hasil kerja yang perlu dihantar: borang permohonan yang lengkap.
[8 JULAI - 4 SEPTEMBER 2024] Pertandingan Peringkat Kebangsaan Suku Akhir
Jurulatih guru menjalankan kandungan dalam Safe Mobility Ambassador (SMA) Camp kepada 20 duta murid selepas menyertai bengkel persediaan dengan pihak penganjur. Sebagai bimbingan tambahan, setiap sekolah akan menerima
Kit SMA Camp (bahan-bahan untuk menjalankan kem)
elaun makan dan minum sepanjang kem
Hasil kerja yang perlu dihantar:
Safe Mobility Ambassador Camp
Video pemerhatian
Video cadangan
Poster kesedaran
Aktiviti kesedaran
Laporan & kertas cadangan
[5 SEPTEMBER - 14 OCTOBER 2024] Pertandingan Peringkat Kebangsaan Separuh Akhir
Sekolah yang terpilih akan menerima geran RM500 untuk melaksanakan aktiviti kesedaran di peringkat sekolah & komuniti. Jurulatih dari pihak penganjur akan memberikan bimbingan secara peribadi untuk memastikan setiap sekolah bersedia untuk pembentangan akhir secara maya.
Hasil kerja yang perlu dihantar:
Aktiviti kesedaran skala kecil
Laporan & kertas cadangan
pembentangan maya.
[28 NOVEMBER & 3 DECEMBER 2024] Peringkat Antarabangsa
Sekolah terbaik akan menerima geran €5,000 Euro untuk mengembangkan inisiatif kesedaran dan mewakili Malaysia untuk bertanding di peringkat Antarabangsa. Pemenang di peringkat ini akan dijemput ke bandar Paris, France untuk berkongsi pengalaman mereka sebagai duta di sana.
Permohonan: Siapa yang kami cari?
Permohonan Pertandingan Keselamatan Mobiliti VIA 2024 dibuka kepada murid Tahun 5 & 6 dari Sekolah Kebangsaan & Sekolah Jenis Kebangsaan seluruh negara. Hantarkan permohonan anda untuk menjadi duta kami 👇
Profil & kesediaan sekolah (30% Markah)
Kesediaan guru (40% Markah)
Kesediaan murid (30% Markah)
BONUS! Kelengkapan VIA DELIMA (10% Markah)
Jemput Hadir: Sesi Maklumat Pertandingan Keselamatan Mobiliti VIA 2024
Tarikh: 18 Jun 2024 (Selasa)
Masa: 2 - 3 petang
Jurulatih utama: Hazwany
Platform: Zoom
Pautan akan diberikan kepada peserta berdaftar sahaja
Tarikh: 19 Jun 2024 (Rabu)
Masa: 2 - 3 petang
Jurulatih utama: David
Platform: Zoom
Pautan akan diberikan kepada peserta berdaftar sahaja
Tarikh: 19 Jun 2024 (Rabu)
Masa: 2 - 3 petang
Jurulatih utama: Nirmala
Platform: Zoom
Pautan akan diberikan kepada peserta berdaftar sahaja
Tonton rakaman video Sesi Maklumat Pertandingan VIA Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Tonton rakaman video Sesi Maklumat Pertandingan VIA Bahasa Cina
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, sila kemukakan pertanyaan anda melalui email di via@arusacademy.org.my atau melalui Telegram group VIA di https://t.me/+pWVWYS37Wvg1ZTJl.
Garis masa program VIA 2024
Nota dari penganjur: Sila ambil perhatian bahawa garis masa program tertakluk kepada perubahan berdasarkan keputusan akhir yang dibuat oleh penganjur di Peringkat Antarabangsa. Kami akan memberikan kemas kini garis masa ini sebaik sahaja maklumat tersedia.
Note from organizer: Please note that the program timeline is subject to change based on the final decisions made by organizers at the International Level. We will provide updates as soon as they become available.