Panduan Penggunaan
Papan Pemuka Untuk Guru VIA
Kenali 4 Sekolah Terbaik VIA 2025!
Panduan Penggunaan
Papan Pemuka Untuk Guru VIA
Bahagian atas papan pemuka untuk semakan guru
Bahagian atas ini (Teacher Review Portal VIA) akan muncul untuk setiap halaman indeks carian. Bahagian ini memberi pilihan kepada guru untuk mencari murid mereka sama ada menggunakan Kod Sekolah atau menggunakan e-mel guru. Sila pastikan Kod Sekolah diisi adalah betul.
Bahagian sisi papan pemuka untuk semakan guru
Indeks carian (Search Index) ini seperti menu laman web yang mempunyai 4 halaman:
Laporan 1 - Rumusan Murid
Laporan 2 - Senarai Penuh Enrolmen dan Pencapaian
Laporan 3 - Laporan Terperinci Murid
Laporan 4 - Laporan Sijil
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin semak Laporan Terperinci Murid, anda hanya perlu klik pada Laporan 3 dan anda akan ke Halaman Laporan 3.
Laporan 1 - Rumusan Murid
Laporan 1 hanya menunjukkan graf dan ringkasan mengenai markah kuiz murid anda. Sekiranya tiada maklumat dimasukkan seperti sekarang, rumusan akan dipaparkan secara keseluruhan. Oleh itu, apabila guru memasukkan kod sekolah atau e-mel mereka, graf ringkasan kuiz murid akan dipaparkan di sini.
Sila pastikan guru isikan kod sekolah dan email moe-del untuk mendapatkan rumusan murid di Laporan 1.
Laporan 2 - Senarai Penuh Enrolmen dan Pencapaian
Untuk laporan 2, guru boleh melihat enrolmen untuk mengenalpasti murid yang telah mendaftar dan tahap pencapaian mereka. Guru juga boleh meletakkan e-mel murid anda supaya anda boleh mencari murid tertentu.
Laporan 3 - Laporan Terperinci Murid
Guru boleh melihat dengan lebih terperinci tentang bagaimana murid mereka melakukan kuiz dan markah kuiz di Laporan 3. Guru juga boleh mencari murid yang gagal berdasarkan carian di laporan ini.
Sama seperti sebelum ini, guru juga boleh meletakkan e-mel murid anda supaya anda boleh mencari murid yang tertentu.
Guru juga perlu pastikan guru tekan dua kotak yang disenarai di bawah carian berdasarkan kuiz sipaya senarai murid keluar di untuk Laporan 3.
Laporan 4 - Laporan Sijil
Dalam Laporan 4, guru boleh melihat mengenai sijil murid anda dan memuat turun sijil tersebut. Ia juga mempunyai kriteria berdasarkan carian, untuk memudahkan pencarian guru. Seperti sebelum ini, guru juga boleh meletakkan e-mel pelajar mereka supaya mereka boleh mencari pelajar tertentu yang mereka mahu.
Guru juga perlu pastikan guru tekan dua kotak yang disenarai di bawah carian berdasarkan kuiz sipaya senarai murid keluar di untuk Laporan 4.