Pertandingan Keselamatan Mobiliti VIA 2025
Kenali 4 Sekolah Terbaik VIA 2025!
Pertandingan Keselamatan Mobiliti VIA 2025
Ikuti kami di Instagram @via.safemobility untuk maklumat terkini.
Edisi VIA Malaysia dibawakan khas oleh
Apa itu Pertandingan Keselamatan Mobiliti VIA?
Kemalangan jalan raya adalah antara punca utama kematian dalam kalangan golongan muda berusia 5-29 tahun di seluruh dunia. Setiap tahun, lebih daripada 270,000 orang pejalan kaki kehilangan nyawa di jalan raya. Kebanyakkan daripada kemalangan ini berlaku semasa perjalanan ke sekolah dan boleh dielakkan jika kesedaran keselamatan mobiliti dipertingkatkan.
Apa itu Program VIA?
Program VIA dijalankan sejak tahun 2019 dengan penglibatan 32 buah negara dari seluruh dunia. Program ini menyediakan kurikulum bersemuka dan dalam talian untuk meningkatkan kesedaran keselamatan mobiliti di kalangan warga sekolah dan menjadikan murid duta kepada kempen kesedaran ini.
Manfaat utama menyertai Pertandingan VIA
Sijil Penyertaan dan Pencapaian disediakan oleh penganjur
Semua peserta dan guru dari 4 sekolah terbaik akan menerima sijil penyertaan dan pemenang akan menerima sijil pencapaian dari pihak penganjur.
Pihak penganjur akan menyediakan laporan kepada KPM di akhir pertandingan untuk permohonan mata PAJSK bagi semua peserta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Bahan bimbingan, geran sehingga RM500 (peringkat kebangsaan) dan geran sehingga €5,000 (peringkat antarabangsa)
Semua peserta dari 4 sekolah terbaik akan menerima cenderahati dan bahan bimbingan dari penganjur (t-shirt, bahan-bahan kem) dan berpeluang untuk memenangi geran RM500 untuk membuat perubahan dalam komuniti bagi membaikpulih keselamatan jalan raya dan mobiliti selamat.
Peluang untuk kepimpinan
Menjadi Duta Murid Keselamatan Mobiliti membolehkan pelajar membangunkan kualiti kepimpinan dalam diri dengan menerajui inisiatif dan mempromosikan amalan mobiliti selamat dalam sekolah dan masyarakat.
Dilulus oleh Kementerian Pendidikan Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri
Program VIA 2025 serta pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah menerima kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian). Laporan akan diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian) setelah program tamat untuk tujuan pengiktirafan. Kami juga akan panjangkan salinan lembut laporan ke pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
Perjalanan Sekolah yang Terlibat
Semua SK & SJK seluruh Malaysia (murid Tahun 5 & 6)
[MEI - JUNE 2025] Permohonan di buka!
Permohonan dibuka kepada semua sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan untuk memohon.
Jawab semua soalan dalam borang permohonan
Sertakan senarai 20 orang murid yang akan menjadi duta sekolah
Hasil kerja yang perlu dihantar: borang permohonan yang lengkap.
4 sekolah terbaik dari permohonan
[JULAI - OGOS] Pertandingan Peringkat Kebangsaan
Pasukan yang terpilih akan menerima geran RM500 dan pek pelaksanaan program VIA yang mengandungi semua bahan dan sumber untuk melaksanakan aktiviti kesedaran di peringkat sekolah & komuniti. Jurulatih dari pihak penganjur akan memberikan bimbingan secara peribadi untuk memastikan setiap pasukan bersedia untuk pembentangan akhir secara maya. Hanya 1 sekolah terbaik yang akan terpilih di Peringkat Kebangsaan Akhir.
Hasil kerja yang perlu dihantar:
Bukti pelaksanaan Safe Mobility Ambassador Camp di dalam bentuk gambar & video
Video pemerhatian
Video cadangan
Poster kesedaran
Aktiviti kesedaran
Laporan & kertas cadangan
Pembentangan maya
1 sekolah terbaik dari pembentangan maya
[OKTOBER - NOVEMBER] Peringkat Antarabangsa
Juara kebangsaan akan diberikan geran €5,000 Euro untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kesedaran mobiliti selamat berskala besar di sekolah dan komuniti mereka
Juara Kebangsaan Pertandingan Program VIA Safe Mobility
[NOVEMBER & DISEMBER 2025] Pertandingan Peringkat Antarabangsa 2025
Dibawah bimbingan coaching secara langsung oleh pihak penganjur, juara kebangsaan akan mewakili Malaysia dan bersaing dengan sekolah-sekolah lain dari luar negara di Peringkat Antarabangsa untuk merebut peluang melawat Paris di Perancis di bawah tajaan TotalEnergies mengikut jadual dan penetapan pihak penganjur program antarabangsa.
Di dalam peringkat ini, pembentangan akhir akan diadakan di alam maya melalui Zoom. Tarikh & masa akan diumumkan oleh pihak TotalEnergies melalui laman web VIA International.
Permohonan: Siapa yang kami cari?
Permohonan Pertandingan Keselamatan Mobiliti VIA 2025 dibuka kepada murid Tahun 5 & 6 dari Sekolah Kebangsaan & Sekolah Jenis Kebangsaan seluruh negara. Hantarkan permohonan anda untuk menjadi duta kami 👇
Profil & kesediaan sekolah (30% Markah)
Impak pelaksanaan geran RM500 (40%)
Kesediaan guru (40% Markah)
Kesediaan murid (30% Markah)
BONUS! Kelengkapan VIA DELIMA (10% Markah)
Jemput Hadir: Sesi Maklumat Pertandingan Keselamatan Mobiliti VIA 2025
Tarikh: 16 Mei 2025
Masa: 3 - 4 petang
Pautan Youtube: https://www.youtube.com/live/-YryGw76z6o
Sesi Pertama
Tarikh: 23 Mei 2025
Masa: 3 - 4 petang
Pautan Youtube: https://www.youtube.com/live/3RriIN2_1F4
Sesi Kedua
Tarikh: 26 Jun 2025
Masa: 3 - 4 petang
Pautan Zoom: https://www.youtube.com/live/Z7wL3pnaN-Y
Tarikh: 5 Jun 2025
Masa: 3 - 4 petang
Pautan Zoom: https://arus.cc/sesi-maklumat-via-bc
Tarikh: 27 Mei 2025
Masa: 3 - 4 petang
Pautan Youtube: https://www.youtube.com/live/eotahH3CAOQ