HADIS T4
"Ilmu bukanlah dengan banyaknya riwayat. Ilmu tidak lain adalah sebuah cahaya yang Allah tempatkan di dalam hati." - Imam Malik
Kadang kita sering mendambakan kebaikan dari orang lain, namun kita juga sering terlupa memberi kebaikan yang sama pada orang lain.
"Ilmu bukanlah dengan banyaknya riwayat. Ilmu tidak lain adalah sebuah cahaya yang Allah tempatkan di dalam hati." - Imam Malik
TAJUK : HINDARI DOSA-DOSA BESAR
TUJUH (7) DOSA BESAR YANG TERKANDUNG DALAM HADIS
1. Syirik kepada Allah
2. Sihir
3. Membunuh
4. Makan riba
5. Makan harta anak yatim.
6. Lari dari medan perang
7. Menuduh perempuan yang beriman dan suci berzina (Qazaf)
💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫?
PENGAJARAN HADIS
1. Kita hendaklah sentiasa memelihara diri daripada perbuatan merosakkan akidah
2. Kita hendaklah menghindarkan diri daripada perbuatan membunuh kerana membunuh melanggar hak asasi manusia.
3. Kita hendaklah bersikap amanah dalam menguruskan harta anak yatim untuk memelihara hak orang lain.
4. Kita hendaklah mempertahankan keamanan negara supaya islam dapat ditegakkan.
5. Kita hendaklah menghindarkan diri daripada menuduh orang berzina tanpa bukti itu supaya maruah umat islam terpelihara
TAJUK : KEMULIAAN BERDIKARI
MAKSUD BERDIKARI :
Berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang lain
KONSEP BERDIKARI
1. Menggunakan potensi diri yang dikurniakan Allah seperti kekuatan tubuh badan dan kecerdikan akal untuk perkara yang bermanfaat.
2. Membebaskan diri daripada bergantung pada pihak lain demi memelihara maruah dan kemuliaan diri.
3. Meyakini kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu tugas
4. Berazam dengan hemah yang tinggi untuk meningkatkan kualiti diri masyarakat dan Negara.
5. Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk Menyara kehidupan
💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦
KELEBIHAN BERDIKARI
Aspek Agama : Menjadikan Islam dipandang tinggi kerana umatnya rajin berusaha.
Aspek Ekonomi : Mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal
Aspek Pendidikan : Melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi melalui penerokaan ilmu dan kemahiran
Aspek Kemasyarakatan : Memperkasakan daya saing masyarakat untuk mempertingkat taraf kehidupan.
💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦
PENGAJARAN HADIS
1. Kita hendaklah memandang mulia kepada pekerjaan yang halal Walaupun hasilnya sedikit.
2. Kita hendaklah menghindari perbuatan meminta-minta dan bergantung pada orang lain demi memelihara kemuliaan dan maruah diri.
3. Kita hendaklah Mencari ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik.
4. Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan pertolongan mengikut keupayaan agar hidup dirahmati.