Kadang kita sering mendambakan kebaikan dari orang lain, namun kita juga sering terlupa memberi kebaikan yang sama pada orang lain.
KULIM ARCHERY CLUB (KULARC)
KELEBIHAN MEMANAH
Sukan memanah ini mampu mendidik seseorang dari segi emosi (jiwa) dan fizikal (raga) kerana memanah sebenarnya mampu membuat seseorang itu lebih bersabar, tenang dan tidak menggelabah ketika ingin meletakkan anak panah pada sasaran.
Berikut adalah kebaikan memanah untuk kesihatan jiwa dan raga ;
1. Membaiki kedudukan dan keseimbangan tangan dan mata
Memanah mampu melatih tangan dan mata ketika melakukan tugasan yang berbeza iaitu menyasarkan dan melepaskan anak panah berdasarkan penglihatan. Kesimbangan antara kedua-dua ini sangat penting untuk menjayakan sesuatu dalam sukan memanah dan badan perlu pegun untuk mencari keseimbangan.
2. Tangan dan jari menjadi lebih fleksibel.
Tangan dan jari seseorang yang sentiasa memanah akan menjadi lebih kuat dan lebih fleksibel kerana digunakan keupayaan mereka sepenuhnya untuk membuat sasaran.
3. Membina kekuatan
Memanah juga mampu membina kekuatan otot kila melakukan latihan dengan betul. Ketegangan pada bahagian otot akan berlaku sebelum pemanah melepaskan tali untuk melepaskan anak panah. Dengan latihan yang berulang, ia boleh membantu untuk pembentukan otot pada kumpulan tisu otot terutamanya di bahagian atas badan.
4. Meningkatkan kesabaran
Sesuatu yang akan dipelajari oleh pemanah adalah belajar erti sabar. Sukan memanah adalah sukan yang memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia memerlukan fokus yang memakan masa.
5. Meningkatkan tahap fokus
Sukan memanah memerlukan fokus dan pemanah perlu menghilangkan semua ganguan dan perlu mengosongkan minda serta memerlukan fokus penuh terhadap sasaran. Dengan latihan sentiasa ia dapat membantu seseorang menghadapi situasi yang bertekanan tinggi dan masalah seharian.
6. Merehatkan Minda
Sukan memanah merupakan sukan yang unik, kerana dengan melakukan latihan asas memanah sahaja dapat membantu untuk menenangkan minda atau merehatkan minda. Dengan kata lain, sukan memanah ini boleh dijadikan sebagai satu rawatan alternatif untuk merehatkan minda dengan lebih sihat dan selamat.
Secara kesimpulannya, aktiviti memanah dapat melatih dan menjadikan seseorang itu lebih positif, penyabar, tenang, berstrategi serta lebih berfikiran terbuka dan rasional untuk mengatasi masalah. Malah sukan ini juga mampu meningkatkan kecergasan fizikal terutamanya di bahagian anggota badan.
JOM SERTAI SUKAN MEMANAH BERSAMA COACH SODIQAH
TARIKH : 26 - 28 JULAI 2022
TEMPAT : PADANG SMK TAMAN HI TECH KULIM.
NAMA ATLET : MUHAMMAD FIRDAUS SYAHMI BIN KHAIRUL ANUAR
TINGKATAN : 3 AL FARABI
PENCAPAIAN : NAIB JOHAN
NAMA ATLET : MUHAMMAD HARIS SYAMIL BIN KHAIRUL ANUAR
TINGKATA N : 1 AL FARABI
PENCAPAIAN : KETIGA
NAMA ATLET : KHADIJAH BINTI AHMAD BASIR
TINGKATAN : 3 AL FARABI
PENCAPAIAN : KEEMPAT
NAMA ATLET : MUHAMMAD ARIF IQMAL BIN ZAHIR HUSSIEN
TINGKATAN : 1 AL FARABI
PENCAPAIAN :PENYERTAAN