Kadang kita sering mendambakan kebaikan dari orang lain, namun kita juga sering terlupa memberi kebaikan yang sama pada orang lain.
TARIKH : 22/11/2021 dan 23/11/2021
Ustazah doakan semua anak-anak diberikan kekuatan daya ingatan dan kelancaran yang cemerlang. Semoga diberikan ketenangan ketika berhadapan dengan pentaksir.
Disini ustazah kongsikan bagaimana cara menjawab soalan KBAT dengan betul. Memandangkan masih ramai di kalangan pelajar yang belum menguasai sepenuhnya untuk menjawab dengan baik. semoga ianya dapat dijadikan panduan dan mendapat kecemerlangan dalam matapelajaran pendidikan Islam.
Selamat Maju Jaya
CARA MENGESAN SOALAN KBAT :
Berikut adalah ciri-ciri soalan KBAT Pendidikan Islam :
Ada stimulus/ rangsangan minda :
Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus sama ada dalam bentuk gambar, pernyataan, dialog, petikan akhbar dan lain-lain. Contohnya seperti soalan di bawah :
Tiada kuantiti jawapan :
Bilangan jawapan yang diminta tidak dinyatakan dalam soalan. Hal ini kerana pelajar hanya perlu mengemukakan 1 isi sahaja untuk soalan KBAT. Perhatikan soalan-soalan berikut, tiada kuantiti jawapan yang diminta dalam soalan.
Bagaimanakah anda menghargai nikmat Allah?
Pada pendapat anda, apakah kemungkinan yang akan berlaku terhadap masyarakat jika...
Mengapakah masih berlaku perbuatan merosakkan harta benda awam ini?
Peruntukan markah : 4 markah :
Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut :
Isi : 1 markah
Huraian : 1 markah
Huraian Lengkap : 1 markah
Kesimpulan : 1 markah.
Oleh itu calon perlu mengemukan 1 isi, 2 huraian dan 1 kesimpulan dalam jawapan KBAT.
TEKNIK MEMBINA JAWAPAN KBAT
1. Langkah pertama setelah anda mengenal pasti sesuatu soalan KBAT ialah mengetahui KEHENDAK SOALAN.
Kehendak soalan boleh difahami melalui 'clue' yang diberi. Contohnya 'Bagaimana', 'Kenapa", "Apakah kemungkinan yang berlaku' 'Apa Pendapat'. Berikut ialah contoh KEHENDAK SOALAN KBAT yang paling popular :
2. Langkah kedua ialah MENYENARAIKAN ISI yang menepati kehendak soalan. Pilih satu isi sahaja yang anda yakin boleh dihuraikan dengan baik.
3. Langkah ketiga ialah MENGHURAIKAN ISI yang dipilih. Anda boleh menghuraikan isi dengan cara berikut :
Memberi keterangan tambahan.
Memberi contoh kepada isi.
Memberi dalil al-quran atau hadis.
Memberi hikmat/kesan/punca tentang isi/isu dalam soalan.
Memberi perumpaan/kata-kata hikmat dan lain-lain
Anda perlu memberi 2 huraian. Untuk memudahkan pelajar menulis huraian, saya cadangkan pelajar memberi contoh untuk huraian 1 dan pelajar menyatakan kesan/hikmat untuk huraian 2. Rujuk rajah di bawah :
4. Langkah Keempat ialah MEMBERI KESIMPULAN.
Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi dan huraian.
Kesimpulan tidak boleh diambil daripada ISI JAWAPAN (mengulang isi).
Kesimpulan hendaklah menjelaskan tentang cadangan anda terhadap isu/soalan.
Calon boleh menyatakan kesimpulan dalam bentuk ayat pengajaran. Contohnya : "Kita hendaklah..." "Kita mestilah...".
FORMAT JAWAPAN KBAT :
Jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu perenggan atau karangan pendek.
Jawapan yang dikemukakan dalam bentuk 'point' hanya layak mendapat 1 markah.
UJIAN TILAWAH QURAN HAFAZAN (UTQH)
FORMAT PENTAKSIRAN
Pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Islam menggunakan dua instrumen iaitu;
1. Kertas 1 (1223/1)
Kertas ini berbentuk ujian bertulis
2. Kertas 2 (1223/2)
Kertas ini berbentuk Ujian Tilawah dan Hafazan al-Quran, Bacaan Hadis (Pentaksiran Pusat)
FORMAT PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN SPM MULAI TAHUN 2021 MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM (1223)
Bil Perkara Kertas 1 (1223/1) Kertas 2 (1223/2)
1- Jenis Ujian Bertulis Ujian Tilawah dan Hafazan al-Quran,
Instrumen
• Subjektif Respons Terhad Bacaan Hadis (Pentaksiran Pusat)
• Subjektif Respons Terbuka
2- Jenis Item
• Subjektif Berstruktur
• Subjektif Respons Terhad
3- Bilangan 5 soalan (100 markah)
Bahagian A
Tilawah (50 markah)
Bahagian B
Hafazan (30 markah)
Bahagian C
Membaca Hadis (20 markah)
Standard kandungan dan standard Ayat bacaan, hafazan dan hadis pembelajaran dalam Dokumen Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM (Tingkatan 4 dan 5)