Kadang kita sering mendambakan kebaikan dari orang lain, namun kita juga sering terlupa memberi kebaikan yang sama pada orang lain.
SOLAT SUNAT DHUHA merupakan salah satu solat yang kerap dilakukan oleh Rasulullah SAW. Ramai masyarakat beranggapan solat sunat Dhuha ditunaikan untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah. Persepsi in masih boleh diperbetulkan.
Solat Sunat Dhuha ditunaikan adalah sebagai tanda pengabdian kita pada Allah swt. Pengabdian seorang hamba kepada tuhannya yang telah memberikan segala nikmat dan rezeki samada kita sedar atau tidak.
Di samping itu, solat sunat dhuha juga mempunyai kelebihan yang lain, antaranya seperti :
Dipermudahkan segala urusan.
Dilimpahi dan murahkan rezeki
Cara paling mudah untuk bersedekah
Memperoleh pahala umrah
Mendapat pengampunan dosa
Sebagai motivasi pagi
Rutin harian untuk menyihatkan tubuh badan dan minda
Syabas dan tahniah buat anak-anak tingkatan 4 UPM dan 4UPSI yang berani dan yakin.
semoga anda terus peroleh kecemerlangan.