Kadang kita sering mendambakan kebaikan dari orang lain, namun kita juga sering terlupa memberi kebaikan yang sama pada orang lain.
Nama diberi SODIQAH BINTI MUHAMAD.
Dilahirkan di Bumi Di Bawah Bayu Tawau Sabah.
Berketurunan Arab dari suku ALKABLI.
Sudah berkahwin dan dikurniakan lima anugerah teragung yang berharga.
Pendidikan :
1986 : Tadika Islamiah Tawau
1987 - 1992 : SK Bandar 2 Tawau
1987 - 1993 : Sekolah Rendah Agama Islamiah Tawau
1993 : SMK Jalan Apas Tawau
1994 - 1998 : Sekolah Menengah Agama Islamiah Tawau
1999 - 2001 : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri
2001 - 2005 : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur
KINI : Masih fakir dalam ilmu dan sedang mengutip mutiara ilmu dalam bidang Master of Islamic Studies OUM.
Kenangan yang lalu pasti tidak akan sama dengan yang terkedepan. Namun dari kenanganlah yang membuatkan kita semakin matang dan bijak mengatur strategi agar menjadi seseorang yang berguna di mata masyarakat dan agama.
Zaman sebagai pelajar suatu detik waktu yang sangat menyeronokkan dan mengujakan. Kenapa? Anda sebagai pelajar pasti merasai kerana ianya sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Nikmatilah masa sebagai seorang pelajar.