Kadang kita sering mendambakan kebaikan dari orang lain, namun kita juga sering terlupa memberi kebaikan yang sama pada orang lain.
Merupakan penghulu segala istighfar.
Membaca di awal pagi dan di akhir petang akan menempatkan kita ditempat yang sangat bahagia.
Mari anak-anak ustazah, kita terus amalkan membaca SAYYIDUL ISTIGHFAR setiap hari.
Ustazah tahu, anak-anak ustazah sentiasa mahukan yang terbaik.
KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANNYA :
مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )
Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga.
( riwayat Imam al-Bukhari ).
Fadhilat membaca penghulu istighfar :
Dari Syaddad bin Aus ra. dari Rasulullah saw. bersabda: Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta……". Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga. (HR. Bukhari)
Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Antara kelebihannya adalah:
1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.
2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.
3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)
4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristighfar. (Al Anfal: 33)
5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .
6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)
Seperti amalan selawat, amalan istighfar yang dilakukan secara berterusan juga akan membersihkan hati yang penuh dengan zulmah hawa nafsu dan secara tidak langsung menyelesaikan kemelut hati dan kehidupan. Contohnya istighfar telah menyelesaikan kemelut Nabi Yunus A.S apabila baginda ditelan oleh ikan Nun . Nabi Yunus A.S dicampakkan oleh Allah Taala ke dalam laut kerana baginda masih ada ajalat (sifat-sifat mendahului qodo' Tuhan). Allah Taala memelihara nabiNya daripada sifat-sifat ajalat ini dengan membenarkan ikan Nun menelan Nabi Yunus A.S. Nabi Yunus A.S beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah Taala iaitu :
Ertinya: 'Tiada Tuhan melainkan Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang yang menzalimi dirinya.'(Surah Al Qalam : 87)
Sel-sel nabi Yunus yang maksum kemudiannya dibersihkan daripada sifat-sifat ajalat. Selepas itu barulah doanya diperkenankan oleh Allah Taala.
Nabi Muhammad SAW yang maksum juga sentiasa beristighfar iaitu sebanyak 70 kali sehari. Istighfar Nabi Muhammad SAW adalah untuk memperakui kehambaannya kepada Allah Taala dan membersihkan segala sel-selnya daripada segala rasa 'Ada Diri' atau 'Rasa Keakuan'.
Sesungguhnya, istighfar adalah pernyataan kehambaan kita kepada Allah Taala yang sangat tinggi nilainya. Dengan wujudnya rasa kehambaan ini akan terhakislah segala bisikan-bisikan nafsu Ammarah dan Lawwamah di hati dan fikiran kita InsyaAllah..
Alangkah ruginya kita, jika amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.
Jom sama-sama menjadi sahabat syurga.
Inilah doa yang kerap dibaca oleh pelajar sebelum memulakan pembelajaran di dalam kelas. Ada yang menyebutnya dengan betul, dan tidak kurang juga yang menyebut secara sambil lewa.
Ayat ini jika dibaca dengan betul mempunyai fadhilat yang sangat hebat.
Doa ini bukan sahaja mampu memberikan kecerdasan akal namun mampu melancarkan tutur kata kita. setiap patah perkataan yang diucapkan akan memberikan kefahaman kepada pendengarnya. Selain itu, doa ini mampu melancarkan segala urusan seharian kita.
Baca ayat 25 - 28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas solat Subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.
Ustazah nak peringatkan anak-anak ustazah agar perbaiki sebutan pada doa ini. Ustazah yakin anak-anak pasti merasai kehebatan mukjizat Allah ini.
Selamat Berdoa.....