FIKIR YANG BAIK-BAIK, CAKAP YANG BAIK-BAIK, BUAT YANG BAIK-BAIK, DOA YANG BAIK-BAIK ..... INSYA ALLAH ANDALAH YANG TERBAIK.
💞DIARI USTAZAH 💞
(USTAZAH SODIQAH MUHAMAD)
Assalamualaikum anak-anak SMKJPB yang dikasihi,
Laman ini bertujuan untuk berkongsi segala ilmu pembelajaran dan info semasa. Ustazah akan kongsi beberapa bahan pdpc dan sedikit catatan aktiviti anak-anak di kelas.
Perkongsian ini sebagai pengisian anak-anak didik SMKJPB walau dimana berada. Pertemuan secara bersemuka buat masa ini tidak dapat dijalankan akibat pandemik covid19 yang melanda. Maka dunia pendidikan masih terlalu luas untuk menyebarluaskan pembelajaran.
Diharap anak-anak bijak menggunakan medium ilmu yang bersesuaian sebagai langkah untuk mengutip mutiara ilmu.
Ingatlah, pelbagai cara manusia boleh berubah, yang menjadi asbab bukan ukuran, yang penting keikhlasan dan kesungguhan untuk menjadi yang lebih baik.
Ustazah bukan yang terbaik buat anak-anak, namun semua pasti ingin menjadi yang terbaik.