Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) – Nilai Tahap Kesihatan Mental Anda
Ujian Saringan Kesihatan Mental atau Depression Anxiety Stress Scale (DASS) merupakan satu ujian sebagai panduan untuk mengenalpasti simptom dan sebagai indikator awal sama ada anda perlukan rawatan kesihatan mental atau tidak.
Ramai yang tidak tahu mereka boleh menyemak tahap kesihatan mental dengan melakukan ujian minda sihat terlebih dahulu.
Ramai yang memandang rendah kepentingan menjaga kesihatan mental mereka sehingga ada yang mengalami depresi.
Perkara ini boleh dielakkan sekiranya kita tahu lebih awal mengetahui simptom-simptomnya dan mendapatkan bantuan pihak yang berkenaan.
Stress pada tahap yang sederhana sebenarnya bagus kerana ia akakn meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang.