HALA TUJU SELEPAS MATRIKULASI
Pelajar lepasan program matrikulasi berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama di 20 Universiti Awam Malaysia ( IPTA ) dan juga IPTS. Pelajar juga berpeluang untuk menyambung pengajian ke luar negara dibawah program tajaan KPM iaitu Program Pelajar Cemerlang ( PPC ) Program Matrikulasi dan juga ke 50 buah universiti luar negara yang mengiktiraf program matrikulasi.
PENGIKTIRAFAN PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) OLEH UNIVERSITI LUAR NEGARA DI BAWAH TOP 100 QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS*
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Untuk makluman tuan/puan, Pengiktirafan Program Matrikulasi KPM oleh universiti yang tersenarai di bawah TOP 100 QS World University Rankings merupakan KPI 15 di bawah Teras 2: Kurikulum Dinamik, Pelan Transformasi Program Matrikulasi KPM 2021 - 2025.
3. Sukacita dimaklumkan, sehingga kini Program Matrikulasi KPM telah berjaya diiktiraf oleh *50 universiti luar negara dengan 24 universiti tersenarai di bawah TOP 100 QS World University Ranking.* Bersama-sama ini, disertakan senarai 50 universiti tersebut dan universiti-universiti yang baharu mengiktiraf Program Matrikulasi KPM pada tahun 2023 *(University of Cambridge, UK dan University of Glasgow, Scotland).
4.Oleh yang demikian, semua pelajar lepasan Program Matrikulasi KPM adalah layak untuk memohon kemasukan terus (direct entry) ke peringkat ijazah pertama ke universiti-universiti tersebut mulai pada tahun 2023 dengan melayari laman sesawang universiti-universiti tersebut.
5.Permohonan penajaan pendidikan dan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti tersebut perlu dibuat oleh pelajar secara persendirian dengan menghubungi badan-badan penaja berpotensi seperti MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), PENERAJU, Bank Negara dan lain-lain.
Sekian, terima kasih.
Sektor Dasar dan Perancangan
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
6 Julai 2023 (Khamis)
TAMAT PROGRAM MATRIKULASI PELAJAR LAYAK UNTUK MEMOHON SPA DENGAN GRED 29 SETARA DENGAN STPM DAN DIPLOMA
CARIAN INFO KERJAYA : Klik pautan dibawah ⬇️