Kenderaan terbahagi kepada dua iaitu:
kenderaan berenjin
kenderaan tidak berenjin
Basikal merupakan kenderaan paling ekonomi dan mesra alam kerana tidak membebaskan gas karbon dioksida.
Komponen basikal adalah injak, gegancu, hab dan rantai besi.
Apabila injak basikal dikayuh, gegancu akan diputarkan.
Putaran gegancu akan memutarkan rantai besi dan seterusnya memutarkan roda belakang.
Basikal akan bergerak ke hadapan.
Enjin dalam kenderaan darat dikenali sebagai enjin pembakaran dalam.
Enjin pembakaran dalam menggunakan bahan api petrol dan diesel.
Oleh itu, enjin terbahagi kepada dua iaitu enjin petrol dan enjin diesel.
Kenderaan yang menggunakan enjin petrol adalah seperti kereta manakala kenderaan yang menggunakan enjin diesel adalah kenderaan berat seperti lori.
Terdapat dua jenis enjin petrol iaitu enjin petrol empat lejang dan enjin petrol dua lejang.
Enjin petrol empat lejang memiliki omboh yang bekerja dengan kitaran empat lejang iaitu:
lejang aruhan
lejang mampatan
lejang kuasa
lejang ekzos
LEJANG ARUHAN
omboh bergerak ke bawah
injap masuk terbuka
injap ekzos tertutup
petrol dan udara disedut masuk ke dalam silinder melalui injap masuk
LEJANG MAMPATAN
omboh bergerak ke atas
injap masuk tertutup
injap ekzos tertutup
campuran petrol dan udara dimampatkan
LEJANG KUASA
injap masuk tertutup
injap ekzos tertutup
palam pencucuh menghasilkan bunga api menyebabkan campuran petrol dan udara yang termampat tadi terbakar
gas ekzos hasil pembakaran terhasil, mengembang dan menolak ombok ke bawah
omboh tertolak ke bawah
LEJANG EKZOS
injap masuk tertutup
injap ekzos terbuka
omboh bergerak ke atas
omboh menolak gas ekzos keluar melalui injap ekzos
Enjin diesel empat lejang memiliki prinsip kerja yang sama dengan enjin petrol empat lejang dengan kitaran empat lejang iaitu:
lejang aruhan
lejang mampatan
lejang kuasa
lejang ekzos
Dalam enjin diesel hanya udara sahaja yang dimampatkan dan menyebabkan suhu udara meningkat.
Kemudian pemancit diesel akan disemburkan kepada udara yang panas tadi menyebabkan diesel terbakar.
LEJANG ARUHAN
omboh bergerak ke bawah
injap masuk terbuka
injap ekzos tertutup
udara sahaja disedut masuk ke dalam selinder melalui injap masuk
LEJANG MAMPATAN
omboh bergerak ke atas
injap masuk tertutup
injap ekzos tertutup
udara dimampatkan
tekanan tinggi terhasil
suhu meningkat sehingga 700°C -900°C
LEJANG KUASA
injap masuk tertutup
injap ekzos tertutup
diesel disemburkan melalui pemancit bahan api dan bercampur dengan udara panas.
haba termampat membakar campuran diesel dan udara
gas ekzos hasil pembakaran terhasil, mengembang dan menolak ombok ke bawah
omboh tertolak ke bawah
LEJANG EKZOS
injap masuk tertutup
injap ekzos terbuka
omboh bergerak ke atas
omboh menolak gas ekzos keluar melalui injap ekzos