DI AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:
1. MENGENAL PASTI PUNCA-PUNCA PEMCEMARAN TERHADAP ALAM SEKITAR
2. MENERANGKAN KESAN PENCEMARAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Sejak petroleum ditemui, manusia telah mencipta pelbagai kenderaan, jentera dan mesin. Pembakaran bahan api fosil menjadi salah satu punca pencemaran alam sekitar yang serius dan ia menghasilkan pelbagai jenis bahan pencemar seperti:
Karbon dioksida
karbon monoksida
nitrogen dioksida
hidrokarbon
sulfur dioksida
asap
Banyak negara berhasrat untuk menjadi negara maju telah mengaplikasikan sains dan teknologi. Perkembangan ini menyebabkan bilangan kilang semakin bertambah. Akibatnya banyak sisa industri seperti:
bahan toksik
bahan radioaktif
asap
haba
Penggunaan baja kimia, racun serangga dan racun kulat tanpa kawalan bagi meningkatkan hasil pertanian akan mengakibatkan:
eutrofikasi
pencemaran tanah
pencemaran air
Air kumbahan dari kawasan perumahan mengandungi bahan buangan domestik seperti tinja manusia dan ternakan. Selain itu, terdapat juga detergen dan mikroorganisma berbahaya. Maka ia harus dikendalikan secara terancang supaya tidak mencemarkan air dan tanah.