PUAN NORFAIZAH BT CHE DAUD
ENCIK ZULKIFLI BIN MUHAMAD
PUAN KHADIJAH BT AHMAD SABLI
PUAN RUSAIMAH BT JAMALUDIN
SESI PAGI
SESI PETANG
Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) bertujuan supaya Guru B&K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah.
KONSEP
. Perkhidmatan B&K di sekolah sebagai perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan, boleh membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan.
Murid merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing menerusi perkhidmatan B&K agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya.
Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K serta berupaya mendahului (win over) jangkaan tindakan murid-muridnya.
Guru B&K adalah seseorang yang memiliki personaliti sebagai guru yang paling dipercayai, diyakini dan disenangi (trustworhthy) oleh murid, rakan sejawat, ibu bapa dan masyarakat di sekolah.
OBJEKTIF
Objektif perkhidmatan B&K di sekolah adalah;
1) Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K di sekolah.
2) Sebagai perkhidmatan yang mesra, selesa dan kondusif kepada murid untuk menyuarakan isi hati dan
permaslaahan mereka, seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul.
3) Agar Guru B&K boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang di luar norma sosial dalam
kalangan murid-muridnya.
4) Agar murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan personaliti mereka.
FOKUS PERKHIDMATAN B&K
Perkhidmatan B&K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada program dan aktiviti seperti berikut;
1) Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid
2) Peningkatan disiplin diri murid
3) Pendidikan kerjaya murid
4) Psikososial dan kesejahteraan mental murid