PUAN KHADIJAH BINTI AHMAD SABLI
(SETIAUSAHA)
PUAN NORFAIZAH BT CHE DAUD
(PENOLONG SETIAUSAHA)
Program Pendidikan Pencegahan Dadah dalam kebiasaan baharu perlu dijalankan secara atas talian disebabkan kekangan yang memerlukan tiada lagi aktiviti secara bersemuka dijalankan. Oleh itu sempena Hari Anti Dadah Kebangsaan pada 19 Februari yang lalu , kami guru PPDa mengambil inisiatif menjalankan aktiviti di atas talian antaranya mempromosikan 5 Minit Anti Dadah, Mendengar dan menonton Perutusan Ketua Pengarah AADK , Mengikuti ceramah Anti Dadah peringkat Negeri Selangor, Pertandingan Kuiz dan menulis nota berkaitan dadah semasa PDPR.
Beberapa aktiviti perlu dijalankan secara berperingkat untuk memberikan maklumat berkaitan DARVIH kepada murid seperti Pertandingan kuiz Anti DARVIH dan Infografik Anti DARVIH diberikan kepada murid di dalam group masing-masing. Murid juga menghantar gambar nota berkaitan maklumat yang mereka perolehi berkaitan DARVIH kepada guru.
Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli Unit Beruniform sekolah menengah dalam aktiviti pendidikan pencegahan dadah di sekolah dan masyarakat luar. Dengan menyertai SLAD, murid dapat memberikan sumbangan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah. Sekurang-kurangnya murid tahu akan bahaya dadah, cara murid dan rakan-rakan boleh menjauhkan diri daripada penyalahgunaan dadah.
2021
NUR MAZIAH AWADAH BINTI MOHD MAZNAN (2 LESTARI)
AFIQAH FARIZAH (2 DINAMIK)
MAIZATUL NAJWA (2 DINAMIK)
MUHAMMAD HAFEEZAN BIN MAHUSIN (2 DINAMIK)
Maklumat berkaitan dadah disebar di dalam whatapps kelas
Perutusan Perdana Menteri dan Ceramah Anti Dadah
Bukti penglibatan murid dalam ceramah secara online
Ceramah yang sedang berlangsung secara online