AKTIVITI :
Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah
i. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru
ii. Semasa murid datang ke sekolah
iii. Semasa murid pulang dari sekolah
KAEDAH :
i. Menyambut kedatangan murid;
a. Penampilan guru yang kemas dan ceria
b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid
c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid
ii. Membuat sapaan
a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah
Contoh: “selamat pagi” “selamat datang” “jemput masuk”
b. Lambaian pulang
Contoh: “selamat pulang” “jaga diri baik-baik” “jumpa lagi”
c. Bertanya khabar
Contoh: “apa khabar hari ini?”
“dah makan ke belum?”
iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah
Contoh
a. Membetulkan tali leher
b. Mengenakan butang baju dll
iv. Membuat publisiti/promosi mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah dengan menyediakan kain rentang
Contoh:
‘Kehadiran Anda Impian Kami’
PERSONALIA :
Barisan kepimpinan sekolah dan sekumpulan guru yang diatur oleh pihak pentadbir sekolah
2 . Guru mengambil peduli terhadap murid semasa di sekolah
i. Semasa di bilik darjah
ii. Semasa di kantin/dewan makan
iii. Semasa aktiviti kokurikulum
iv. Semasa perhimpunan
Interaksi Guru (rapport)
i. Penampilan guru kemas dan ceria sepanjang masa
ii. Bersikap mesra dan menunjukkan rasa hormat kepada murid
iii. Membuat sapaan
iv. Mengambil berat dan prihatin terhadap murid
PERSONALIA : Semua guru