1.0 RASIONAL
Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka selain guru yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan memimpin murid ke arah perubahan dalam kehidupan dengan lebih baik. Di era pandemik Covid-19 ini , pengajaran dan pembelajaran di rumah (Pdpr) amat diperlukan bagi memastikan ilmu yang disampaikan tetap dapat diberikan walaupun murid berada di rumah. Oleh itu, peranan ibu bapa amatlah penting bagi memastikan anak-anak tetap belajar walaupun daripada rumah. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu dijelaskan peranan mereka agar paduan antara ibu bapa dan guru dapat menjadikan murid insan yang berjaya.
2.0 Objektif
2.1 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa betapa pentingnya pelajaran terhadap anak-anak di bawah
jagaan mereka.
2.2 Mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru melalui Pdpr.
2.3 Memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk menyedari dan mengimbau kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam pelajaran.
3.0 Tema
“ Bersama Mendidik Anak Bangsa Melalui PDPR”
4.0 Anjuran
Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama, Unit ICT dan PIBG SMK Ideal Heights
5.0 Tarikh
Program ini akan diadakan pada 26 Jun 2021 (Sabtu) 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
6.0 Tempat
Di lokasi masing-masing secara online youtube dan Streamyard.
7.0 Sasaran
Program ini mensasarkan kepada semua ibu bapa dan guru murid Tingkatan 1 hingga 5 SMK Ideal Heights
8.0 Struktur Organisasi
Ahli Majlis Tertinggi :
Penasihat : En Hashim Bin Saryani @ Md Noh
Pengetua SMK Ideal Heights
YDP PIBG : En. Mohd Hakimi Bin Hassan
YDP PIBG SMK Ideal Heights
Pengerusi : Pn Ponitha a/p Subramaniam
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 1 : Pn. Noraliza Rashdiah Binti Taufek
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Pn. Maznah Binti Mustapha
Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi 3 : Pn Asiah Binti Othman
Penolong Kanan Sesi Petang
Ahli Jawatankuasa Kerja
Penyelaras : Puan Khadijah Binti Ahmad Sabli dan GBKSM
Jemputan Penceramah : Puan Khadijah Binti Ahmad Sabli
Juruacara : En. Zulkifli Bin Muhamad
Banner : En. Zulkifli Bin Muhamad
Siaraya/Teknikal : Puan Norfaizah Bt Che Daud, Puan Hor Siew Cheng, Puan Rosmah Binti Ibrahim
dan Abdul Aziz Bin Mohmad Ashari.
Sijil Digital/ Kehadiran Peserta: Puan Rusaimah Binti Jamaludin
Promosi : GBKSM , Unit ICT dan PIBG
Pelaporan/Dokumentasi : Khadijah Binti Ahmad Sabli
9.0 Aturcara Program
26 JUN 2021 (SABTU)
9.30 pagi : link diberikan dalam group telegram ibu bapa
10.00 pagi : Kata-kata aluan pengerusi majlis, Encik Zulkifli Bin Muhamad
10.10 pagi : Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Atif Bin Mohd Borham
10.15 pagi : Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua, Encik Hashim Bin Saryani @ Md Noh.
10.25 pagi : Ucapan YDP PIBG, Encik Mohd Hakimi Bin Hassan.
10.30 pagi : Ceramah “ Smart Parenting : Cabaran dan Peranan Ibu Bapa dalam Mendepani PdPR
11.45 pagi : Sesi soal jawab
12.00 pagi : Ceramah berakhir
10.0 Anggaran Belanjawan
ANGGARAN PENDAPATAN
Sumbangan PIBG RM250
ANGGARAN BELANJAWAN
Bayaran penceramah RM250
_______
JUMLAH KESELURUHAN RM250
11.0 Ringkasan Perjalanan Program / Aktiviti
Penyediaan kertas kerja program
Perbincangan bersama semua GBKSM dan pentadbir
Membuat persediaan sebelum program berlangsung ; penceramah, pembahagian tugas sebelum, semasa dan selepas
program.
Pemakluman dan promosi kepada ibu bapa dan guru.
Semasa program (rujuk lampiran tentatif program)
Dokumentasi dan pelaporan selepas program
12.0 Masalah/ kekangan yang dihadapi
1. Kurang promosi menyebabkan bilangan peserta di kalangan ibu bapa tidak ramai terutamanya dari kalangan PIBG.
Hanya 56 orang sahaja ibu bapa yang hadir manakala yang selebihnya seramai 122 orang di kalangan guru.
2. Kurang pengalaman dari segi penggunaan ICT ; pertama kali menggunakan saluran Youtube dan Streamyard untuk
program sekolah.
3. Perlukan sokongan yang padu daripada ibu bapa sendiri untuk menjayakan program kerana sasaran sebenar adalah
ibu bapa; hanya yang cakna sahaja yang mengikuti program.
13.0 Kelebihan @ Manfaat Program / aktiviti kepada ibu bapa guru
Peserta menunjukkan keterujaan dan semangat semasa mengikuti program kerana penceramah yang diundang
tidak membosankan dan memberikan input yang terbaik.
Ceramah yang disampaikan memberikan banyak maklumat dan manfaat untuk diaplikasikan oleh ibu bapa dan
guru untuk murid dan anak-anak.
Penceramah yang bersemangat menyuntik semangat kepada ibu bapa cara yang sesuai untuk mendidik anak-anak
dan juga untuk mendidik diri sendiri dalam menghadapi situasi yang mencabar pada masa kini.
14.0 Cadangan penambahbaikan Program
Persediaan awal dari segi promosi dan galakkan kepada ibu bapa untuk menyertai program yang dijalankan oleh
pihak sekolah perlu dipergiatkan terutamanya sokongan yang padu daripada PIBG.
Sokongan yang padu daripada ibu bapa dari segi kemenjadian murid amat diperlukan bagi memastikan sasaran sebenar bagi program ini dilaksanakan mencapai objektif yang sebenar.
15.0 Tindakan susulan
Program ini akan dilaksanakan setiap tahun dan memerlukan kerjasama yang sepenuhnya daripada
semua pihak agar tujuan kita untuk memastikan kemenjadian murid itu tercapai terutamanya dengan kerjasama ibu
bapa kerana ibu bapa adalah tunjang utama kemenjadian murid di rumah . Ibu bapa juga adalah pendidik
utama kepada anak mereka untuk memastikan kecemerlangan anak-anak.
16.0 Penutup
Pihak kami amat mengharapkan semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan serta dapat melahirkan ibu bapa serta guru yang cakna dan prihatin akan anak-anak supaya menjadi murid dan anak yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak, sahsiah dan berperibadi mulia. Semoga apa
jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan , pengurusan dan pentadbiran yang teliti serta kerjasama yang padu dapat menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar .