Program ini merupakan satu usaha untuk mempromosikan kesihatan mental di peringkat sekolah ekoran dari krisis Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia. Promosi minda sihat dikenalpasti sebagai satu komponen penting dalam memupuk kesejahteraan emosi warga SMK Ideal Heights.
Program ini juga dilaksanakan bagi memugarkan emosi murid kesan daripada penularan pandemik atau krisis yang berlaku.
Meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan kesejahteraan diri dan kesihatan mental.
Memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.
Mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik dan krisis yang berlaku.
Melaksanakan intervensi bagi meningkatkan kemampuan murid meregulasi emosi dengan baik.
Meningkatkan kemahiran gaya daya tindak murid dalam mengendalikan masalah emosi dan tingkah laku.
Merujuk murid yang mengalami masalah emosi , psikologi dan mentalkepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.
Matlamat : Untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan kesejahteraan diri dan kesihatan mental serta sentiasa bertanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh KPM dengan menitikberatkan aspek keselamatan .
Pendekatan utama yang digunakan bagi program ini ada empat iaitu pencegahan, perkembangan, pemulihan dan krisis.
Saringan minda sihat dalam kebiasaan baharu yang digunakan adalah seperti berikut :
1 ) Senarai Semak Keperluan Murid ( mengenalpasti isu yang dihadapi oleh murid)
2) Saringan PHQ 9 ( Patient Health Questionnaire) : menilai gejala kemurungan
3) Saringan GAD7 ( Generalised Anxiety Disorder ) : menilai gejala kegelisahan / keresahan
Murid yang dikenalpasti mempunyai isu berkaitan emosi, perlu menjalani intervensi menggunakan Modul Minda Sihat ( KPM) dan Modul Kesihatan Mental Remaja (KKM).
MUHAMMAD AIRELL ISKANDAR (2 EFISIEN)
Jadual saringan minda sihat sesi pagi
Jadual pelaksanaan saringan minda sihat sesi petang
Saringan minda sihat sesi pagi
Saringan minda sihat sesi petang