TS25 MODUL 8: Redesigning SLE memberi penekanan terhadap Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merupakan elemen penting bagi mengukur keberkesanan proses perancangan dan pelaksanaan yang telah dibuat oleh pihak sekolah.
Isi kandungan modul menumpukan kepada pelaksanaan PBD, Pertimbangan Profesional dalam PBD, Pentaksiran Kerja Projek dan juga Proses Pemantauan PBD
Dalam Modul 8 peserta dilatih untuk memahami konsep PBD dan menguasai kemahiran dalam merancang dan melaksanakan PBD di sekolah bagi tujuan mempelbagaikan kaedah pentaksiran yang boleh dibuat bagi mengukur kemenjadian murid secara menyeluruh.
Modul ini juga memfokuskan pada beberapa contoh kerja projek yang terpilih sebagai asas pertimbangan dalam merancang dan melaksanakan bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran secara holistik berdasarkan elemen-elemen yang bersesuaian dibina menggunakan rubrik sebagai asas pertimbangan dalam penilaian yang dibuat. Pada masa yang sama proses pemantauan secara berterusan dibincangkan bagi memastikan proses pelaksanaan PBD dapat diukur secara tekal dan berkualiti.
Aspek pentaksiran adalah amat penting dalam mengenalpasti kemenjadian murid dan menjadi asas Modul 8 dibina dengan mengambil kira elemen merangkai titik-titik dalam membangunkan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam proses kemenjadian murid.
Standard kandungan merupakan kenyataan spesifik tentang perkara yang murid perlu ketahui dan boleh lakukan di dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan merujuk kepada Standard Pembelajaran.
Standard Prestasi: Satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara telahpun dikuasai.
Pertimbangan yang dibuat menggunakan pengetahuan yang profesional terhadap kurikulum yang dihasratkan mencakupi elemen yang digariskan untuk penguasaan murid dalam pembelajaran mereka:
pengetahuan
kemahiran dan nilai
bukti pembelajaran
Strategi pengajaran
Kaedah pentaksiran
Kriteria dan standard