TS25 MODUL 2 Menerajui Kepimpinan akan mendorong pihak sekolah supaya mampu membina profil pemimpin pertengahan. Modul ini juga membolehkan mereka berupaya meningkatkan kompetensi masing-masing yang dapat merealisasikan hasrat TS25. Modul 2 ini akan menggunakan sistem PinTaS untuk meningkatkan sekolah yang berpusatkan data. Dalam usaha memastikan pelaksanaan proses penambahbaikan dilaksanakan dengan berkesan di sekolah, para peserta juga akan dilatih untuk menggunakan OPPM sebagai alat yang efektif untuk memantau dan mengendalikan pelaksanaannya. Modul ini juga diharap untuk dapat membentuk sebuah komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan warga pendidik untuk meningkatkan kualiti PdP dan mempromosikan pembaharuan sekolah masing-masing.