TS25 MODUL 4: Persekitaran Pembelajaran Bermakna adalah usaha berterusan yang bertujuan untuk menyokong pembelajaran pelajar dengan lebih berkesan dan melaksanakannya dengan lebih kerap. Perkembangan guru dan kepimpinan di sekolah adalah satu usaha yang berterusan disamping memastikan program pembelajaran profesional guru menjurus ke arah yang lebih berkesan dalam menyokong pembelajaran pelajar dari semasa ke semasa.
OBJEKTIF PELAKSANAAN TS25 MODUL 4
Mengemaskini perkembangan semasa transformasi sekolah anda.
Mengenalpasti konsep persekitaran pembelajaran profesional dan faktor-faktor yang mempengaruhi persekitarannya.
Membudayakan persekitaran pembelajaran profesional ke arah menjadikan sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran.
Merungkai peranan Pemimpin Pertengahan (PP) dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran profesional.
Memantapkan kompetensi PP membimbing guru meningkatkan persekitaran pembelajaran profesional melalui bimbingan instruksional.
KANDUNGAN TS25 MODUL 4
4.0 Persekitaran Pembelajaran Profesional (Pengenalan)
4.1 Konsep Pemimpin Pertengahan (PP)
4.2 Menganalisis PPG
4.3 Peranan Pemimpin Pertengahan (Bimbingan Instruksional)