TS25 Menerajui Pembelajaran menekankan elemen-elemen penting yang berkaitan dengan kaedah pengajaran guru, yang dapat mendorong perkembangan pelajar. Modul ini memberi tumpuan kepada
Amalan dan kaedah pengajaran pada abad ke 21 (PAK 21)
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
Penguasaan kemahiran berfikir lanjutan
Penggunaan pelbagai kaedah pembelajaran
Penilaian berterusan pengajaran berkesan
Kaedah untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Modul ini juga mendorong para peserta membuat pemetaan antara Gelombang Kedua Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2) dan PAK 21. Proses ini mendedahkan peserta dengan rancangan transformasi sekolah berkaitan dengan kurikulum yang ada di sekolah.
Kandungan TS25 MODUL 3
3.0 Pengenalan Modul 3
3.1 Guru Sebagai Perancang
3.2 PAK 21 dan Standard 4 SKPMg2
3.3 PAK 21 dan DIgital Tools
3.4 Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
3.5 Pelbagai Gaya Pembelajaran
3.6 Pentaksiran KBAT
3.7 Rancangan Pengajaran Harian