TS25 MODUL 5 Penilaian dan Refleksi ini dibina khusus untuk membolehkan peserta-peserta menilai semula keempat-empat modul yang telah dipelajari. Dalam hal ini, penilaian bermaksud proses mendapatkan data, bukti, maklumat dan keterangan terhadap aktiviti dan program yang telah dilaksanakan di sekolah. Penilaian ini adalah penting di dalam usaha sekolah membuat justifikasi terhadap sesuatu program atau aktivti yang telah dijalankan. Penerusan, penambahbaikan dan pemberhentian program atau aktiviti dapat diputuskan setelah penilaian dibuat. Penilaian dan refleksi ini akan membentuk peserta untuk:
Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap modul serta tugasan Program Transformasi Sekolah (TS25) melalui penilaian kendiri.
Mengenalpasti elemen-elemen yang perlu ditambahbaik dalam tugasan Program Transformasi Sekolah (TS25) melalui refleksi.
MODUL 5