Latih Bersama
(A) Jawab soalan berdasarkan pseudokod yang diberi.
Ahmad merupakan jurutera elektronik, beliau terjumpa ada kesilapan algoritma ketika membaca atur cara bagi mesin basuh itu. Bolehkah anda mengenal pasti kesilapan atur cara bagi mesin basuh dan seterusnya memperbaiki atur cara itu?
Berdasarkan buku teks SK, penulis tidak menyenaraikan jenis struktur kawalan yang dipelajari, sebaliknya dipersembahkan dengan peta alir yang ditunjuk untuk membuat imbas kembali. Murid masih boleh mengikut peta alir yang diberi untuk membuat rumusan dalam bentuk nota.
Manakala dalam buku teks SJKC, penulis cuba membuat ringkasan kandungan kepada murid supaya mereka boleh membuat ulang kaji berdasarkan rumusan yang disusun atur. Mungkin sebahagian struktur ayat atau langkah proses berbeza berbanding dengan buku teks SK. Jadi, jika murid ingin mengambil nota ini perlu membuat beberapa penyesuaian supaya setimpal dengan kandungan yang dipelajari.