Sesi gambar peserta pada hari pertama (Bengkel bagi Sekolah Rendah)
Tarikh : 15 Mei 2023 (Isnin)
Masa : 9:00 pagi sehingga 4:30 petang (Masa aktiviti)
Tempat : UniKL British Malaysian Institute, Gombak, Selangor.
Murid yang menghadiri bengkel:
1) Adelia Erynazenia (5A)
2) Neveetha (5A)
3) Nur Alya Najihah (5A)
Program aktiviti:
1) Pengenalan tentang pertandingan RBTX Challenge 2023 dianjurkan oleh Petrosains yang akan buka pendaftaran sehingga 31 Julai 2023. Pasukan adalah dibentuk oleh 2 orang murid, tiada had maksimum pasukan bertanding bagi setiap sekolah.
2) Secara keseluruhan, ada 2 acara dalam pertandingan iaitu Robo Sumo dan Robo Tracer. Dalam bengkel ini akan berfokus kepada Acara Robo Tracer.
3) Melihat dan mencuba penggunaan robot yang dipinjam, iaitu Mechabot Rush v3, merupakan perkakasan kereta yang boleh berfungsi secara automatik selepas diaturcarakan dalam perisian komputer.
4) Murid juga diberi pendedahan tentang pengunaan perisian Tinker Code sebagai salah satu software untuk membuat pengaturcaraan robot.
5) Murid cuba membuat atur cara pergerakan kereta supaya boleh mengikut garis yang dikesan (detect) melalui sensor. [Robo Tracer Open]
6) Murid juga membuat atur cara pergerakan tangan (Panggil Gripper) supaya boleh memegang dan mengangkat kotak warna. [Robo Tracer Junior]
Refleksi:
Bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan mesin robot untuk melakukan sesuatu selepas membuat pengaturcaraan. Robot yang digunakan oleh penganjur tiada di aset bilik STEM sekolah dan perlu membuat perancangan untuk memilikinya dengan anggaran RM460 melalui Shopee. Walaubagaimanapun, pertandingan ini bebas untuk menggunakan robot jenama selain daripada set robot yang dicadangkan.
Tindakan Guru:
Cikgu Chee akan cuba membuat perancangan untuk membuka sesi latihan bagi murid tersebut selepas cuti sekolah.
Rujukan / Maklumat lanjut:
Sila layari: https://petrosains.com.my/rbtx-challenge-2023/