Pertandingan Gami-code menjadi platform dalam inovasi gamification dalam kalangan murid sekolah rendah dan sekolah menengah menghasilan projek permainan menggunakan SCRATCH bagi menyelesaikan masalah kehidupan seharian mengikut tema ”Tenaga” pada tahun ini.
Penyertaan secara berkumpulan dengan 3 orang peserta bersama-sama guru pembimbing di sekolah. Murid menjana idea kreatif, membuat lakaran aturcara projek yang dibina sebelum diberi pandangan oleh guru pembimbing. Selepas lakaran ditambah baik, peserta mengagihkan tugas untuk mencari gambar grafik dan suara , menyusun aturcara mainan mengikut kandungan. Selepas siap membina atur cara, akan diuji oleh guru pembimbing serta rakan-rakan sebelum memberi pandangan.
Akhir sekali, peserta membuat pembetulan dan berjaya hantar hasil projek Gami-code dalam talian pada 4 Ogos 2023 (Jumaat)
Selepas 1 minggu, pasukan sekolah telah dipilih untuk menerusi slot temu duga bersama-sama juri panel secara dalam talian. Temu duga dijalankan pada 17 Ogos 2023 dan 2 daripada 3 ahli pasukan menampilkan diri di hadapan skrin untuk membentangkan hasil projek mereka.
Tajuk: Tenaga (Energy)
Standard Pembelajaran:
i) KEKUATAN
a. Murid mempunyai asas perisian SCRATCH yang kuat, kerana pernah dipelajari pada tahun 4 dan pernah mengaplikasinya dalam projek yang dianjurkan oleh Panitia RBT sempena pelancaran Minggu STEM.
b. Murid boleh mencari kandungan pembelajaran yang berkaitan dan membuat pengubahsuaian supaya boleh dimainkan oleh rakan-rakan selepas topik yang dipelajari.
c. Murid dapat menerokai template backdrop, gambar-gambar yang menarik melalui laman web.
d. Atas kreativiti murid, permainan di Level 2 telah memberi suatu pengalaman menarik kepada juri kerana berjaya menunjukkan elemen keselamatan di jalan raya.
ii) KELEMAHAN
a. Game (Hasil permainan) yang direka bentuk terlalu luas topik, merangkumi 3 subtopik dalam 3 tahap yang berbeza.
b. Hasil permainan sangat pendek, pergerakan item yang ditunjukkan sangat pantas.
c. Murid baru dapat mempelajari dan mengaplikasi blok logik dan variable dalam aturcara.
d. Bahagian script mereka tidak disusun dengan kemas.
iii) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
a. Pastikan kekemasan page dengan susunan objek yang sesuai, tidak muncul variable markah sebelum mula bermain.
b. Kandungan pembelajaran boleh tambah menarik dengan meletakkan susun atur penceritaan, supaya dapat melihat sesinambungan antara Level dengan Level yang lain.