2025
Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) diperkenalkan untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan murid. Murid digalakkan membaca pelbagai bahan seperti buku cerita, artikel, dan majalah. Mereka perlu mencatat maklumat bacaan dalam Buku NILAM, Google Form, atau kertas yang disediakan oleh pihak sekolah. Program ini bertujuan untuk membina budaya membaca, meningkatkan penguasaan bahasa, dan memperluas pengetahuan murid. Melalui pembacaan yang konsisten, murid dapat mengasah kemahiran berfikir, menulis, dan menyampaikan idea dengan lebih berkesan. Selain itu, guru dan ibu bapa turut digalakkan memberi sokongan agar amalan membaca dapat dipupuk secara berterusan dan berkesan.