AKTIVITI MERENTAS DESA SEKOLAH 2026
Tujuan merentas desa 2026 adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan dan stamina murid melalui aktiviti larian jarak jauh. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, disiplin, dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid.Dalam aktiviti merentas desa, murid berkumpul di sekolah terlebih dahulu untuk menerima taklimat daripada guru, kemudian melakukan senaman ringan sebagai pemanasan badan. Selepas itu, murid memulakan larian mengikut laluan yang telah ditetapkan sambil melalui beberapa checkpoint untuk rehat dan minum air. Setelah sampai di garisan penamat, murid melakukan aktiviti penyejukan badan sebelum bersurai dengan teratur.
AKTIVITI SEKOLAH 2026