2025
JADUAL UPSA & UASA 2025
Program PANDAI telah diperkenalkan sebagai satu inisiatif pembelajaran digital secara dalam talian yang interaktif dan menyeronokkan. Program ini menggunakan pendekatan game-based learning di mana murid boleh belajar melalui permainan yang menarik dan mencabar minda. Murid digalakkan untuk belajar secara kendiri di rumah menggunakan platform PANDAI yang merangkumi pelbagai subjek seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan banyak lagi. Selain menambah pengetahuan, murid juga berpeluang mengumpul mata ganjaran dan memenangi hadiah-hadiah eksklusif. Program ini bertujuan meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran serta memupuk sikap berdikari dalam mengurus masa belajar mereka.