2025
Program Anti Buli telah diadakan di sekolah pada bulan 7 tahun 2025 bagi membendung gejala buli dalam kalangan murid. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kesan negatif buli terhadap mangsa dan pembuli sendiri. Guru-guru telah memberikan nasihat dan ceramah kepada murid mengenai kepentingan menghormati rakan serta menjaga tingkah laku di sekolah. Aktiviti seperti lakonan, kuiz, dan perbincangan kumpulan turut dijalankan bagi membantu murid memahami situasi buli dengan lebih mendalam. Murid diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mereka. Melalui program ini, diharapkan murid dapat mengamalkan nilai kasih sayang, empati, dan hidup harmoni bersama.