Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai ‘Learning Management System’ (LMS) ialah merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan. Sistem ini sangat diperlukan kerana ia digunakan untuk mengurus pembelajaran pelajar dalam sesuatu universiti, institut, dan kolej melalui internet. Learning Management System adalah istilah yang digunakan dengan meluas untuk lingkungan sistem yang menyediakan capaian kepada perkhidmatan pembelajaran secara atas talian untuk para pelajar, para guru dan pentadbir sistem. Tujuan utama sistem ini ialah untuk membantu memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar, subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di universiti, institut dan kolej berkenaan.