MODUL 3 : MENERAJUI PEMBELAJARAN
MODUL 3 : MENERAJUI PEMBELAJARAN
Modul 3 ini memberi penekanan kepada elemen-elemen penting berkaitan dengan pedagogi guru yang menjana kemenjadian murid iaitu amalan dan pendekatan pedagogi abad ke-21 (PAK-21), penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi, menggunakan pelbagai gaya pembelajaran, mengaplikasikan pentaksiran berterusan dan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ke arah pembelajaran berkesan. Oleh demikian, Modul 3 ini terbahagi kepada tujuh (7) submodul seperti berikut:
3.1 - Guru Sebagai Perancang;
3.2 - Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2);
3.3 - Eksplorasi Alatan Dalam Talian;
3.4 - Objektif Pembelajaran (OP) dan Kriteria Kejayaan (KK);
3.5 - Pelbagai Gaya Pembelajaran;
3.6 - Pentaksiran dan KBAT; dan
3.7 - Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Modul ini menerangkan tentang bagaimana untuk memetakan antara Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dengan PAK-21 dan ini menunjukkan bahawa Program Transformasi Sekolah adalah relevan dengan apa yang sedia ada di sekolah.
3.1 - Guru Sebagai Perancang
3.2.1 - PAK21
3.2.2 - SKPMg2
3.3.1 - Eksplorasi Alatan dalam Talian - Blendspace
3.3.2 - Eksplorasi Alatan dalam Talian - Padlet
3.3.3 - Eksplorasi Alatan dalam Talian - Quizizz
3.4 OBJEKTIF PEMBELAJARAN DAN KRITERIA KEJAYAAN
3.5 GAYA PEMBELAJARAN