MODUL 5 : PENILAIAN DAN REFLEKSI
MODUL 5 : PENILAIAN DAN REFLEKSI
Modul 5: Penilaian dan Refleksi, ini dibina khusus untuk membolehkan peserta-peserta menilai semula keempat-empat modul yang telah dipelajari dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Penilaian bermaksud proses untuk mendapatkan data, bukti, maklumat dan keterangan bagi aktiviti dan program yang dilaksanakan di sekolah. Penilaian ini adalah amat penting dalam usaha sekolah membuat justifikasi terhadap sesuatu program atau aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan.
Fokus Modul 5 ialah penilaian dan refleksi kepada kesemua modul sebelumnya dalam kluster kepimpinan. Peserta akan membuat refleksi tentang semua tugasan yang telah dibuat di sekolah melalui perkongsian idea, pengalaman dan pemerhatian terhadap tugasan Modul 1, 2, 3 dan 4. Setelah melalui kesemua modul dan tugasan adalah diharapkan peserta akan dapat memacu perubahan dengan lebih berkesan dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang bersesuaian di sekolah masing-masing.