RINGKASAN MODUL 7
Modul ini dibina berdasarkan buku Michael Fullen et al. (2014) tentang bagaimana Pembelajaran Bermakna dapat mendefinisikan segala gerak kerja murid, guru & komuniti dalam menjayakan KmR dengan mengguna pakai kapasiti pedagogi dan model-model yang disyorkan. Modul ini juga memberi fokus bagaimana SLT perlu bergerak sederap bersama bagi merealisasikan pembelajaran bermakna berlaku dalam persekitaran sekolah masing-masing.
Intipati Modul 7 adalah seperti berikut:
Mentakrifkan konsep Pembelajaran Bermakna yang telah berlaku dalam kalangan murid semasa melaksanakan PBL bagi menjayakan KmR;
Mengguna pakai Kompetensi Pembelajaran Bermakna (6C) bagi mengukur aspek kemenjadian murid; dan
Membina laman sesawang Sistem Pengurusan Pembelajaran yang memaparkan bukti-bukti digital kolaborasi murid, guru dan komuniti melaksanakan PBL bagi menjayakan KmR.