MODUL 4 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL
MODUL 4 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL
Kemenjadian murid dan sekolah berkualiti merupakan tunggak utama Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Seluruh warga sekolah berkongsi aspirasi yang sama untuk memberi tumpuan terhadap pembelajaran yang bermakna melibatkan semua murid. Sekolah perlu menjadi tapak yang subur untuk menyediakan ruang dan peluang pembelajaran yang berterusan dalam kalangan warganya. Persekitaran Pembelajran Profesional diperlukan oleh sekolah untuk membina keupayaan dan kelestarian melaksanakan agenda transformasi Program TS25 iaitu perubahan yang melibatkan seluruh aspek budaya sekolah. Semua pihak perlu terlibat dalam pembelajaran, terutamanya pembelajaran profesional yang mempunyai kesan secara langsung dengan pembelajaran murid.
Modul 4 merupakan kesinambungan daripada modul terdahulu iaitu Modul 1, Modul 2 dan Modul 3. Dalam kandungan Modul 4 merangkumi perkara berkaitan Merungkai Standard, Autonomi Guru dan Program TS25, Autonomi Guru dan PBS, Menganalisis Persekitaran Pembelajaran Profesional dan Peranan Pemimpin Pertengahan (Bimbingan Instruksional). Idea utama Modul 4 ini adalah Guru Nadi Transformasi Sekolah. Oleh itu, pemimpin pertengahan berperanan untuk membina persekitaran profesional di sekolah dengan menyokong pembelajaran profesional guru.
Oleh demikian, Modul 4 ini terbahagi kepada tiga (3) submodul seperti berikut:
4.1 - Konsep Persekitaran Pembelajaran Profesional (PPP);
4.2 - Menganalisis Jurang Persekitaran Pembelajaran Profesional; dan
4.3 - Peranan Pemimpin Pertengahan (Bimbingan Instruksional);
4.1 Konsep PPP
4.2 Menganalisis PPP
4.3.1 Pengenalan Bimbingan Instruksional
4.3.2 The Big Four
4.3.3 Kitaran Bimbingan Instruksional