ANJURAN :
DENGAN KERJASAMA:
Kertas cadangan ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul untuk menganjurkan program pemindahan ilmu bertajuk “PROJEK SEKOLAH HIJAU SEKEBUN CILI” di SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT, BANDAR BARU BANGI.
Objektif utama program ini adalah untuk menangani masalah penanaman cili dan lebihan sisa makanan di sekolah SK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi dengan memberi pendedahan awal asas bioteknologi tumbuhan. Program ini bertujuan untuk pemindahan teknologi penanaman cili fertigasi dan kitar semula sisa buangan organik melalui proses degradasi dan pemecahan komponen sisa makanan. Secara khususnya program ini bertujuan untuk:
1. Mendedahkan teknik penanaman pokok cili di perkarangan sekolah dengan menggunakan sistem fertigasi.
2. Menghasilkan baja kompos daripada sisa makanan di kantin dan menggunakan baja tersebut untuk pertumbuhan pokok cili.
3. Memberi penerangan berkala kepada warga sekolah mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar.
Keadaan pokok selepas 10 hari penanaman
Keadaan pokok cili selepas 4 minggu - 7 Julai 2024