HASRAT SEKOLAH LESTARI

Projek Sekolah Lestari adalah satu usaha bagi memupuk semangat sayangkan alam sekitar dalam kalangan warga SK Jalan Empat Bandar Baru Bangi. Ini selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara. Dasar ini mempunyai lapan prinsip dan tujuh Srategi Hijau.  Strategi Hijau yang pertama adalah memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan cadangan dalam Agenda 21.


Projek Sekolah Lestari JEPS, yang dimulakan dengan Projek Sekolah Hijau ini diharapkan dapat membudayakan pendidikan alam sekitar dalam kalangan warga SK Jalan Empat , Bandar Baru Bangi. Di samping dapat menerapkan nilai murni alam sekitar melalui aspek Inovasi dan kreativiti, amalan 3R dan penghijauan.  Penglibatan komuniti secara berterusan juga diharapkan dapat mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.


Semoga dengan pembudayaan yang cuba diterapkan ini akan terus sebati dalam jiwa mereka sehingga mampu mengubah dunia ke arah kesejahteraan dan kelestarian sejagat.

JEPS from The Sky